Sunday, August 22, 2010

Qiammullai...

Hari jumaat lepas, Alhamdulillah... aku join qiammullai kat sekolah aku mengajar...
program ini dianjurkan pihak sekolah untuk memohon kejayaan bagi pelajar tahun 5 dan tahun 6
yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi

Yang paling aku bersyukur sangat, ni first qiam yg aku join dalam bulan pose ni. paling tidak pon aku ikot jugak qiammullai ni. untuk sekolah aku plak, ini adalah kali keenam program sebegini diadakan... masyaallah..sangat istiqamah guru2 kat sekolah aku ni.

Nak jadikan ceiter malam tu, aku dipertemukan dgn dua org insan yang aku kira banyak membuat aku terpikir dan terpikir dan terpikir.... Hampir separuh malam aku berborak dgn mereka, banyak input2 yang aku dapat dari mereka terutamanya mengenai sistem hidup manusia pada hari ini yang terlalu mengejar dunia dan leka bahawa rezeki itu adalah dari Allah swt. manusia terlalu bimbing bila bergaji rendah kononnya tidak akan senang dalam kehidupan seharian.

Melalui perkongsian pengalaman pada malam itu, mereka banyak berkongsi mengenai kenyakinan bahawa Allah itu yang memberi rezeki dengan usaha yang kita lakukan. terutamanya dalam kerja2 amal dan kebajikan kepada agama itu sendiri. Ramai yang tidak mahu terlibat dalam kerja2 sedemikian kerana bagi mereka, semua itu tidak akan memberi keuntungan dan kesenangan yang besar.

Isu2 ekonomi yang dimanipulasi oleh orang2 bukan islam juga disentuh. Mereka berkuasa dalam ekonomi kerana sebenarnya kita yang menyokongnya, umat islam itu sendiri yang menyokong untuk mereka terus maju dan berkuasa dalam dunia ekonomi global.

Friday, August 20, 2010

.................

Hari ini..

Irhamna...
erm alhamdulillah... perjalanan kehidupan seperti biasa pada hari ini.
tetapi pepatah "hari ini lebih baik dari semalam" mesti dipegang.
kerana ia membantu diri ini dalam usaha memperbetulkan diri yg banyak tak betul ni.

Aku akui segala kelemahan diri...
irhamna...
irhamna...
irhamna...

Wednesday, August 18, 2010

erm... "back"

Salam..

Sudah lama rasanye aku menyepi
ruangan di laman ini aku tinggalkan sepi sunyi...
erm... menyepi seketika untuk bermuhasabah...
Mencari rahsia di sebalik setiap apa yg terjadi...
Yg pastinya hikmah itu yg pasti ditemui...

Syukur alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan dgn lancar...
tetapi aku perlu trus berusaha... tidak boleh terlalu berpuas dgn apa yg aku kecapi
tetapi semestinga bersyukur kehadrat illahi...

Mesti berusaha...

Sunday, March 21, 2010

You see... The answer over there

Salam pembuka coretan
Hanya sekadar renungan
buat saudara generasi harapan
Hanya sekadar perkongsian
Bukan menimbul keresahan
Tatkala isu pertelingkahan
Bukan mengeruh keadaan
jauh sekali untuk keburukan
sekadar renungan dan jawapan
kepada segala persoalan
You see... the answer overthere... tajuk bingkisan


Masih lagi dianugerahkan nikmat yang besar. Dikuatkan jari jemari untuk aku coretkan, sekadar perkongsian pendapat atau sebagai renungan untuk tatapan dihari kemudian.

Coretan kali ini sekadar sebuah konklusi kepada hasil sedikit pembacaan daripada sebuah buku, tulisan Fathi Yakan yang bertajuk "Apa ertinya Saya Menganut Islam". Sebuah tulisan yang hebat, telus dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesiapa yang membacanya. Diri ini tidak sehebat Hang Tuah dalam ilmu pembelaan diri, jauh lagi sehebat karyawan-karyawan, tinggi, inikan pula sehebat pahlawan islam sejati. Tetapi apa yang ingin dipertengahkan disini adalah, dimanakah letaknya "Hebat" seseorang manusia itu, dalam kehidupan yang tidak pasti ini.

Didalam tulisan tersebut, sedikit perkongsian yang boleh aku pertengahkan disini adalah mengenai "nama". Apa ada pada nama? sebelum kepada perkongsian mengenai "Hebat" sebagaimana dinyatakan diatas. Didalam tulisan Fathi Yakan, ada menyebut "Tidak semestinya orang yang bernama james itu seorang kristian dan tidak semestinya orang yang bernama Ahmad itu adalah Islam". Mata memandang kearah sesuatu, menandakan akal berfikir untuk merungkai maksud yang tersirat dari kenyataan tersebut. Aku tersenyum, menandakan satu pemahaman telah dicapai, maka disusun disini sebagi perkongsian dari apa yang difahami dan diperhatiakan.

Islam itu bukan pada nama tetapi terletak diatas iman kepada Allah swt, bukan diwarisi atau dibeli. Jangan sesekali kita meletakkan islam itu pada nama, salah untuk kita meletakkan bahawa orang yang bernama Ahmad itu adalah seseorang islam, dan jangan sesekali kita menyimpulkan sesiapa yang bernama james itu adalah seorang kristian kerana islam itu bukan pada nama semata-mata. Orang yang bernama james lebih mulia disisi Allah jika MATLAMAT hidupnya adalah mengabdikan diri kepada Allah swt. Dalam kontek tersebut, kita dapat memahami bahawa matlamat itu lebih penting berbanding dengan nama. Apa ada dengan nama???


Disini jelas apa yang boleh kita kongsikan adalah, Matlamat yang hendak dicapai itu lebih penting berbanding Nama yang dikenali. Nama yang dikenali adalah merupakan sesuatu yang penting, tidak pernah disangkal akan kebenarannya disini, tetapi timbang taranya adalah yang mane patut didahulukan diantara Nama dan Matlamat? jawapannya adalah MATLAMAT itu yang perlu diutamakan dahulu. Saya tekankan disini, ini hanyalah pandangan akal yang lemah, tidak salah untuk sesiapa menyatakan nama lebih penting dari matlamat tetapi perlulah seimbang dengan akal dan hati yang menyatakan akan kebenarannya. Usah ditegakkan benang yang basah @ berkatalah benar walau iapun pahit. Inikan pula berkaitan dengan survival @ hidup @ mati, maka perlulah kita memikirkan dengan mendalam dan lebih teliti. Lemahnya kita apabila kita meletakkan emosi untuk memutuskan jawapannya.

Seterusnya, aku teruskan dengan "Hebat"... di mana hebatnya manusia itu?? pada pandangan hasil dari pembacaanku, boleh aku simpulkan bahawa hebatnya manusia itu terletak diatas ILMU yang dimiliki. Walaupun pencapaian akademik menjadi pengukur kepada tingginya ilmu seseorang itu tetapi bagi aku, kenyataan yang boleh aku katakan adalah tidak semuanya begitu. Ilmu yang dimiliki perlulah diamal dan diaplikasikan didalam kehidupan kita. bagiku tidak berilmu seseorang itu sehingga ia tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Walau tinggi mana pencapaian akademiknya tetapi disegi pengamal ilmu itu sendiri, apabila gagal diaplikasikan, bagiku ianya hanyalah sia-sia,

Kita bawa kepada perbincangan yang lebih teliti dan mendalam. Terutamanya dalam kontek kepimpinan. seseorang pemimpin itu semesti adalah orang yang berilmu. Pada pendapatku, untuk menjadi seseorang pemimpin yang baik hendaklah diadunkan dengan "VISIONARY". seseorang pemimpin perlulah seseorang yang berilmu dan visionary ataupun memandang jauh kehadapan. ini adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang strategik kearah mencapai matlamat atau objektif kepada semua orang yang dipimpinnya. Semua pengikut perlulah mematuhi dan mentaati pemimpin itu sendiri, berdosa seseorang itu jika mengingkari dan membelot pemimpinnya sendiri. Didalam islam, kita wajib mentaati pemimpin dikalangan kita selagi dia@pemimpin itu tidak melanggar syariat islam. Sehinggakan walaupun keputusan yang diambil itu ternyata salah, tetapi kesannya hendaklah dirasai oleh semua pemimpin dan kelompok yang dipimpinnya.

Apa yang berlaku hari ini adalah jawapan kepada semua persoalan dan perlu kita muhasabah dan memikirkannya. Apa yang dirancang pada hari ini adalah semua perkara yang telah dirancang sebelumnya demi survival kita bersama. tetapi disangkal dan ditolak habis-habisan ekoran masalah peribadi dan emosi kita sendiri. Bukan menyalahkan apa yang berlaku, tetapi hendaklah kita bermuhasabah supaya ia tidak lagi berlaku. Jangan lah kita mementingkan diri sendiri lantaran ego kita yang tinggi dan akhir sekali kita yang rugi. Gunakanlah kelebihan yang diberiNYA kearah kebaikan yang pasti, Janganlah kita menggunakannya kearah kepentingan kita sendiri. Tidak usahlah kita mengejar mimpi jika kita tidak pernah bersyukur apa yang kita telah miliki... sangan rugi dan ternyata merugikan diri...

Sekadar renungan
Nurkilan ROYZ10









Friday, March 19, 2010

Lebih baik bersendiri

Salam pembuka catatan
Diari harian seorang insan
Hanya sekadar perkongsian
untuk tatapan dihari kemudian

Adaptasi dari sebuah warkah Datin Paduka Sharifah Mazlina, di dalam bukunya: Jangan takut kepada cabaran tetapi takut lah dengan kegagalan.

Didalam buku beliau menyebut:
"Lebih baik bersendirian, daripada berada dalam kumpulan yang salah"

Kita sentiasa mendengar... berkawan biarlah seribu tetapi berkasih biarlah seorang. catatan hari ini mengukur kepada "berkawan biar seribu". Pada pendapat diri kali ini, kenyataan ini tidak boleh diguna dan diaplikasi sama sekali. Jauh disudut hati ini, apa yang boleh disimpulkan disini, ia berpaksikan kepada kuantiti bukanlah kualiti. Bukan menyangkal kepada kebenaran pepatah tersebut, hanyalah pandangan akal yang tidak berdaya ini, perungkaian kepada makna tersirat ternyata jauh sama sekali untuk akal mencapai tahap tersebut, masih lagi memerlukan kepada intelektual yang tinggi untuk mencari jawapannya.

Tetapi pendapat atau pandangan diri ini masih lagi menongkah kepada kualiti dan bukan kuantiti semata-mata dalam berkawan atau bersahat ini. Apa ertinya mempunyai kawan yang beribu tetapi ternyata munafik dalam pembinaan hubungan yang telus dalam berkawan. Lebih baik mempunyai seorang kawan tetapi mampu membawa kita kepada syurga firdausi Allah SWT yang diimpi itu.

Adaptasi dari buku Datin paduka Sharifah Mazlina diatas itu, salah satu kepada penyokong pendapat akal ini. Lebih baik kita bersendirian daripada berada didalam kumpulan yang ramai yang kononnya berkawan, memenuhi lumrah hidup dan diatas tujuan bersosial semata-mata , nyata itu salah sama sekali. Memang lumrah manusia mahukan teman dan kawan. Salah sama sekali untuk kita melawan lumrah alam manusia mahu berteman, tetapi apa yang mahu dikongsi dan diberi penekanan disini adalah mengenai kuantiti dan kualiti kepada angka atau jumlah rakan atau sahabat yang kita miliki. Tidak ada maknanya disini untuk kita memiliki kawan yang berjuta tetapi diperingkat taaruf kita gagal untuk memenuhinya. Inikan pula kepada peringkat tafahum dan peringkat tafakul dalam membina hubungan yang baik. Alangkah indahnya hidup ini, jika kita berkawan berjuta dan kesemuannya mampu keperingkat tafakul.

Oleh itu, nyata dan jelas disini untuk kita sama-sama fikir dan kita renungi coretan ringkas ini supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan. berkawan bukan untuk dunia sahaja atau untuk hari ini tetapi berkawanlah sehingga ajal dan mati menemui jasad diri. Masa dalam berkawan itu bukan pengukur dalam hubungan bersahabat itu, tetapi keikhlasan adalah pengukur yang pasti membawa kepada sesuatu yang kekal abadi sehingga mati. Keikhlasan itu hanga berada didalam sekeping daging kecil yang kita kenalinya dengan hati. Ia sesuatu yang virtual untuk dirungkai disini. Kita harus sedar bahawa setiap keputusan itu sebenarnya dari hati, tetpi hakimnya adalah akal dan emosi. disitu letaknya perbedaan diantara keputusan yang kita hendaki.

Rakan-rakan sekelian...

Sedarilah bahawa lebih baik kita bersendiri daripada berada didalam kumpulan yang salah. Berdoalah... berdoalah sehingga doa kita dimakbulkan. jangan sesekali putus harapan, berdoalah dan terus berdoa. Setiap langkah kita mulai, mulakan dengan berdoa sebagai pembuka hari kita. andai ujian yang akan kita harungi, insyaallah kita akn tenang dalam mengharunginya. Andai kezaliman merentasi diri, jangan sesekali merungut, teruskan berdoa, kerana kenyakinan kepada Allah itu adalah iman didalam hati. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan darinya supaya kita akan terus menimba dan terus menimba pengalaman untuk secebis ilmu anugerah illahi ini.

Semoga dengan coretan ringkas ini, mampu mencetus ledakan kecil didalam diri ini untuk kita sama - sama menerokai kebenaran yang hakiki. Bangkitlah... bangkitlah mencari dimana diri kita sebenarnya. jangan kita tangisi diatas pemergiannya, malah kita syukuri... konsep yang senang untuk kita amalkan dalam kehidupan hari ini. Sekadar berkongsi. BINNAJAH!!!

Nurkilan ROYZ 10




Saturday, March 13, 2010

Banyak Cakap Plak

Salam

for today... firstly skali lagi aku melanggar janji aku pada diriku.
Walau dah banyak kali aku berjanji... masih lagi sama
Ya Allah...
ape pon, aku teruskan sehgga berjaya..
susah nak ubah peragai kita nie
tambah2 perangai yang xbaik.huhuhuhu

"Jangan cakap banyak la Radi... xserik2 lagi kew??"

itulah janji pada diriku... xnak banyak sangat bercakap
pegang konsep bercakap masa perlu jew... tu pon susah...
Banyak benda kita akan dapat hasil dari kurangkan bercakap nie

Dapat kurangkan dosa mengumpat
citer keburukan orang lain
citer benda yang tak berfaedah
Citer sana, citer sini... huh!!!
Dah2 la tu....
Bukan susah, cakap masa perlu jew..

banyakan ingin tahu, supaya boleh tambah ilmu...
itu dah cukup, kalo ada orang tanya atau minta kongsi sesuatu, baru kita cakap...
guna mulut tu untuk kebaikan sikit... ni ntah ape2 jew merapunya

Minta maap yew kat adik2 semua...banyak membebel plak... bajet bagus
padahal diri pon xbetul lagi... minta maap...
cuma bila memperingati org lain nie, maka kita memperingati diri kita.
Satu lagi kalo benda yang kita wat tu baik... teruskan jew
jangan nak dengar org len cakap
pedulikan apa orang cakap... tapi ingat jangan syok2 sorang2 plak..

whatever pon ari nie penat sikit... g keja tadi... badan asyik demam jew
tapi terubat coz jumpe someone special... hahaha
risau la jugak...huhuhuhu...
stadi pon xsabar la nak abis... nak masuk zaman lain plak...
alam pekerjaan....

Go radi go!!!!

Monday, March 8, 2010

Pandangan Manusia

Insan yang mana tak terguris tatkala diri dipermain seperti boneka
Hatinya bila dihina, dicemuh kerana jasa
Bila disembur dengan kata berbisa
Aduh! Pedihnya memang sukar digambar dengan kata2

Katakan apa salahku, apa silapku, apa dosaku
Hingga begini ku diperlaku, dihina diatas segala yang berlaku
Tunjukkan mana silapku, andai sempurna milik mu?
Jangan hanya pandai mencemuh, mencela andai hari ini milik mu
kata hati atau hanya sekadar katamu

Hina, hina, hina menghina... teruskan menghina
Apakah engkau sempurna... terlalu sempurna?
Kau dan aku apa bezanya??? ambik semuanya
aku tidak perlu semuanya... hanya mahu kata2 mu sahaja
kata2 yang kononya terlalu sempurna.
Hina, hina, hina menghina dan teruskan lah...

Apakah engkau bahagia?? teruskan menghina
Melihat aku merana... dan kamu bahagia? teruskan menghina

Insan yang mana akan berdiam diri
Uh! Bila dicaci, dikeji dan dihina
Bila disembur dengan kata dan maki, dipermain begini
Pedih sekali, hanya mampu menadah tangan kepada illahi

"" YA ALLAH, ANDAI MEREKA MENGHINA DIRI INI SECARA TERANG ATAU SEMBUNYI, AKU SUJUD KEPADA MU, MENADAH TANGAN SETINGGI2 LANGITMU, TUNJUKKAN MEREKA JALAN YANG SEBENAR, DIRI INI DIZALIMI, TUNJUKKAN MEREKA KEKUASAANMU, AGAR MEREKA SEDAR DARI TERLALAI." AMIN... AMIN... AMIN

Katakan apa salahku DIATAS APA BERLAKU
hanya mahu membuat terbaik...mewakili dirimu...
Apa salahku? tunjukkan aku... andai aku menzalimi dirimu
Maaf untuk dirimu...hanya sekadar itu aku mampu
mampu meneruskan perjuangan mu
Engkau hadir, marah, membetulkan keadaan yg berlaku
tanpa menyelidiki terlebih dahulu...
aku redha... bukan silap mu.. silap ku??

Mana kata2 mu dulu...
nyata buta untuk menilai diriku
ego diatasku atau diatas mu?
bukan itu persoalan diriku...
hanya berfikir, membawa ke hatiku
muhasabah terlebih dahulu....

Sekarang engkau mampu..
hina, menghina dan terus menghina
pada hakikatnya engkau tidak mampu
hanya menutupi kebenaran yang nyata padamu
teruskan dan teruskan..
jangan berhenti... andai memakan diri
tanggung la dengan hati sendiri.

Nurkilan mawardi 10 - ROYZ

Monday, January 11, 2010

Siapa aku

Assalamualaikum

Masih lagi diberi peluang untuk aku mencoret dihalaman peribadiku ini, melihat keagungan NYA serta sujud mengharapkan belas ehsan dari yang maha pencipta.

Coretan kali ini tiada pengukurnya, hanyalah menzahirkan kata hati yang sering tidak lekang untuk mewartakan seruannya samada baik ataupun buruk, akal sentiasa bersama menilai sesuatu samada baik atau pun buruk, nafsu yang bermaharaja ini pastinya menjadi pembangkang kepada setiap kata hati yang suci.

aku memulakannya dengan kata hatiku terlebih dahulu, kata hati menimbulkan satu jalur kecenderungan akal supaya berfikir. hati selalu bertanya, adakah diriku banyak berubah sejak kebelakangan ini. adakah aku mula menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri, atau aku semakin kejam untuk mereka yang disekelilingku. aku makin bengong... biarkan aku bersendiri untuk seketika waktu. Tapi sampi bila harus begini....

Sunday, January 3, 2010

Ahad (03/01/2010)

Hari nie, tido selepas subuh and then bangun tengahari. hahaha...
and then petang pergi umah abang kat saujana utama, ambik barang-barang yang ditinggal sempena cuti semester.

Solat maghrib berjemaah kat bilik and bagi kuliah sikit kat member2 bilik semua. (huhuhuhu)

Makan malam bersama adik2 (Fuza, Mai, Fairus, Miro tapi liza xda, xdpt dikesan)

Malam plak aku balik bilik, check email, ym cket n tido....

itu jer setakat hari nie...

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru

Erm xda ape yg boleh diperkatakan... hanyalah syukur diatas segala nikmat yang dianugerahkan....
Da lama xupdate blog nie. Rasa malas la plak nak bercerita kat cnie.

Pasal diriku???
Erm....
biar la jadi rahsia sendiri...

Hidup???
Erm....
Stakat nie semua ok... Alhamdulillah...

Family??
Semua alhamdulillah sihat. Call mak, katenya adik nak beli pakaian sekolah.Ingat nak kirinm duit, ada rezeki..... tapi saper yang nak bawa adik beli pakaian dia nati eh? akak xbalik kg lagi...Kcian mak kalo anak laki sulung dia nie xda. Ayah pon sama, saper la nak tgk itik n ayam dia tu.... Sedey la plak, rasa mcm nak balik kg pon ada. wawawawawa...

Rezeki?
Alhamdulillah...

Kawan-kawan???
Ntah la... mane yang contact ada la. yang lose contact, aku pon xtau diorang kat mane... malas nak ambik tau...

Adik-adik???
Erm da lame tgg nak jmpe semua tapi semua msg2 sibuk ngan akriviti masing2. erm xper, diorang menimba pengalaman tu... doa ku iringi anda semua... Gambate!!!

Result???
Ingat ada paper fail
alhamdulillah satu lagi nikmat.. Paper semua lulus.

Masalah???
Masalah xkan abis... pepandai la settlekan sendiri.

Kerja??
Kerja da ada... Da seminggu start kerja tapi mcm malas jer. Ingat nak brenti jer tp dapat bos baik. kecian plak tgk dia.... huhuhuhuhu

Hari ni wat ape???
Petang tadi g puncak alam. Komander kesatria jemput mesyuarat diorang. Minta aku jadi Timb. Pengerusi diorang. Aper la.. aku da tua la, malas da nak men benda2 mcm nie. Stakat nak kongsi sikit2 bleh la beb....

Thursday, November 19, 2009

Teladan Sahabat


Lelaki Ansar dan Tetamu

Pada suatu hari,Rasulullah menerima kedatangan tetamu, lalu baginda bertanya:“Siapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tamu pada malam ini?”. Maka seorang lelaki Ansar menerima pelawaan tersebut. Oleh kerana hanya ada makanan yang sangat sedikit di rumah mereka, lelaki tersebut menyuruh isterinya untuk menidurkan anak-anak mereka sebelum mereka sempat makan malam. dan ketika menjamu tetamu mereka, lampu rumah dimalapkan sedikit dan sahabat ansar itu berpura-pura makan sekali, sedangkan hanya tetamu mereka yang menikmati hidangan tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabat tadi setelah mengetahui akan peristiwa tersebut: “Sesungguhnya Allah telah kagum dengan perbuatan kamu berdua ke atas tetamu kamu semalam..”

Begitu juga dengan layanan orang Ansar kepada orang Muhajirin ketika mereka berhijrah ke Madinah, yang menggambarkan betapa tingginya ukhuwah islamiyyah wlaupun pada kali pertama bertemu.


Salam

Dari peristiwa diatas ini, dapat kita simpulkan betapa kuatnya hubungan sahabat sesama saudara yang lain. Ukhwah islamiyyah yang tinggi bersemadi didalam setiap diri sahabat. Walaupun baru pertama kali bertemu tetapi masyaallah betapa tingginya keimanan sahabat kepada Allah swt. Pengorbanan kepada saudara yang lain sehingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri demi mengutamakan saudara yang lain. Inilah yang dinamakan ukkhuwwah fillah.

Pada hari ini, perkataan ukhwah itu sendiri sesuatu yang sinonim dan kerap diperbincangkan di mana2 kita berada. tetapi malangnya kemanisan ukhwah itu sendiri sukar dicapai dan susah difahami. kadang2 kita mengenali seseorang lebih dari sehari, malah bertahun2 lamanya, namun kemanisan ukhwah itu tidak dirasa. Ekoran sedikit perselisihan, akibatnya timbulnya permusuhan, tidak bertegur diantara satu sama lain, dendam dan sebagainya. Apakah ini dinamakan ukhwah fillah..? apakah ini ukhwah yang kita banggakan? tidak sama sekali. Melihat peristiwa diatas, nyata kita tersilap, walaupun kali pertama bertemu, betapa tingginya kasih sahabat kepada saudaranya. Tempoh masa ukhwah itu dibentuk bukannya ukuran untuk membentuk ukhwah fillah yang sebenar.

Nyata kita lemah dan tidak berdaya. kenapa malu mengaku salah jika kita salah?? mengapa kita mengatakan kita pandai padahal kita tidak berilmu?? kenapa kita perlu malu mengaku kita tidak berdaya?? kita lemah segalanya?? mengapa?? kerana ego yang tinggi?? adakah itu sebab utama kita tak pernah mengatakan "Tidak"?? adakah kerana itu sahabat2?? xusah dimalukan... lemah itu memang sifat kita. sape kita mendabik dada mengatakan kita kuat? sape kita? kuat itu bukan milik kita, ia milik Allah SWT.

Kalau ada saudara kita tersilap, tegurlah ia secara berhikmah. Ada cara nya, teguran itu untuk kebaikan bukan untuk mengeruh keadaan, x ada salahnya sahabat2 sekelian. Batu walaupun sekeras mane pon akan terbelah dengan titisan air. Tinggi mana sangat la ego manusia itu sehingga menjadi satu penghalang kepada sebuah ikatan ukhwah itu, kuat sangat kah manusia itu sehingga memerlukan suara yang tinggi (marah) semata2 untuk menyedarkannya. Kadang2 kata2 yang lembut itu lebih memberi kesan, mengalirkan mutiara jernih tanda menginsafi kesalahannya. Masyaallah.... bukan namanya ukhwah jika marah dan berdendam kepada saudara kita itu sendiri. Jika ukhwah yang sedemikian rupa dibentuk, tidak usah kita tangisi dengan pemergiannya.

Untuk akhirnya... carilah ukhwah fillah itu, kerana ia amat sukar dicari. Rasailah kemanisan ukhwah itu sendiri, hayatilah betapa bertuahnya manusia dianugerahi dengan rasa kasih dan sayang. Kerana ia bukan sahaja satu kenikmatan, malah boleh membawa kita semua bertemu dengan syurga Allah SWT. Disini aku sama2 memperingatkan diri ini, jangan terlalu mementingkan diri sendir. sentiasa berfikir dengan segala tindakan yang diambil, sentiasa bermuhasabah kerana kita dianugerahkan akal untuk berfikir... wassalam...

Special for them... alwayz with me. Akan aku buktikan bahawa tempat yang mereka pilih pada hari ini bukan tempat yang salah. Amin... binnajah!


Wednesday, November 18, 2009

Keluarga Islam



”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Surah ar-Rum [30]: 21].


Salam

Dah beberapa hari dok kat perak nie.
Berehat sepuas2 nyer... makan, tido, makan, tido... setakat nie 2 jer kerja nyer. huhuhuhu
Memang betol2 nak rehat sebelum bermulanya semester baru.
Walau bagaimanapon, pembelajaran sentiasa berterusan. kekadang kita juga boleh belajar melalui pemerhatian (observation).

Selama bersama dengan keluarga kakak nie, aku mula menyedari dan berfikir, macam mane orang nak cepat kawin, suka sangat nak kawen, xsabar nak kawen, macam2 la persoalan yang bermain difikiran. Melihat kehidupan akak dan abang ipar melalui saat indah mereka bersama keluarga tersayang bukan sesuatu yang mudah. Dikurniakan sepasang cahaya mata (Nur Khalisa Batrisya binti Mohd Kadzir) & (Mohd Khalis wafiqbillah bin Mohd Khadzir). Mempamerkan kepadaku setiap mereka melaksanakan tanggungjawab yang besar dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Dari kehidupan mereka seharian aku dapat melihat betapa indahnya keluarga itu jika dibina atas landasan islam. kadang2 kita tidak terpikir pon mengenai pembentukan generasi baru yang soleh dan solehah sebenarnya bermula dari didikan keluarganya. Ia sangat penting dalam melahirkan generasi islam yang agung. Apa yang dapt kongsikan adalah mengenai tanggungjawab terhadap sesebuah keluarga amatlah berat jika seseorang itu berfikir secara waras. Soal perkahwinan adalah bukan sesuatu yang indah sebenarnya kalau difikirkan secara mendalam kerana tugas yang besar menanti dihadapan.

Jika dilihat dari keaadaan diriku pada hari ini, ternyata aku memang tidak layak untuk memperkatakan soal perkahwinanan. Memerlukan ilmu serta kelengkapan diri yang pelbagai sebelum memasuki gerbang perkahwinan. Takut kerna apa? takut dipersoalkan oleh Allah sekiranya gagal melaksanakan tanggujawab sebagai suami terutamanya dalam membentuk keluarga yang berlandaskan Islam yang suci. Konsep kekeluargaan islam itu perlu di fahami secara mendalam bagi membina sebuah keluarga islam seterusnya melahirkan generasi islam baru yang agung.

Mendapat panggilan dari ayahanda tercinta bertanyakan khabar. Bertanyakan tentang kepulangan anakanda tercinta ke kampung halaman. Erm sebelum pulang, aku perlu melaksanakan satu tanggungjawab yang diamanahkan terlebih dahulu. dakwah itu mesti diteruskan walau apa pun terjadi, peranan sebagai khalifah dimuka bumi ini harus diusahakan supaya seruan itu dapt dipenuhi. 21 hb perlu menghadirkan diri ke program remaja di masjid meru, klang. Semoga dengan kehadiran ku dapt sedikit membantu apa yang diperlukan dalam usaha membentuk generasi islam yang agung. Insyaallah...


Monday, November 16, 2009

A song for u

Wali band – Dik

dik aku minta
kau akan selalu setia
dik aku mohon
kau selalu menemani

saat kau tengah terluka
kala kau tengah gundah

reff:
ku akan menjagamu
di bangun dan tidurmu
di semua mimpi dan nyatamu
ku akan menjagamu
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh

dik jangan engkau
pergi tinggalkan aku
ooh, dik ingin aku
cinta dan cinta selalu
repeat *

repeat reff
kau akan menjagaku
di bangun dan tidurku
di semua mimpi dan nyataku
kau akan menjagaku
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh

Monday, November 9, 2009

Back From Teluk Kemang PD


Nie masa on da way balik
Sempat lagi tu wat majlis kat situ
Majlis untuk semua komander yang akan bersara
Taniah untuk mereka semua



Ni paling aku benci naik benda nie, ada ke abg 2 bawa bot laju2 n humban kitorang semua kat tengah laut. pastu dia gelak. hahahaha... enjoy...


Salam
Adoi hitam aku... hangus... terbakar... semua ada lah. Baru balik dari bercuti dari teluk kemang, PD, Negeri 9. Konvoi 5 biji kereta kitorang bergerak heading ke sana... jam 6.30 ptg bertolak ke sana. Bersama dengan family KOMANDER KESATRIA NEGARA. Seronok seh... main sepuas2 nyer... berenang kat tengah laut. Mempraktikkan segala ilmu masa bertugas kat JPA dulu... cara nak menyelamatkan mangsa lemas kat tengah laut. Dari pagi sampai tengahari dok berenang, mcm mane xhangus nyer... hahahahahaha...

Thursday, November 5, 2009

Khutbah Jumaat


Salam
Pembelajaran hari ini cukup mengimbas sedikit memoriku
Bersiap ke Solat Jumaat pada pkol 1.00 pm.

Masjid nyer sebelah nie je. taman sebelah Kolej Puncak Perdana.

Tengah asyik memanaskan engine superbike aku (hahahaha)

Ternampak Epol memberku, ajak dia naik sekali ngan aku

Rempit ke masjid (alhamdulillah)


Sampai je kat masjid tu, Khatib baru mula baca khutbah

So masuk la aku ke dalam

Selesai solat sunat tahiyyatul masjid

Aku pon duduk ternganga dengar khatib baca khutbah

Tajuk aku xpasti tapi dia citer pasal ilmu.
Berkerut dahi aku pikir, sambil panjatkan kesyukuran kat Allah.

Xsangka bidang aku ambik sekarang nie mang betol2 blajar pasar ilmu
IS 771 (Knowledge Management)

Aku tertarik dgn khutbah tu sangat
sebabnyer aku teringat meeting last ngan adik2 aku
tempoh ari sebelum raya hari tu


Ape yg khatib tu cakap, mcm tu la aku nak citer kat adik2 aku sebenarnya
masa pertemuan tu supaya mereka faham ape yang aku cuba aplikasikan.

tapi xjugak diorang faham... xpaham atau wat xpaham aku xtau la.
Kata khatib tu, bukan kate aku....hehehehe
Sebenarnya banyak kaedah untuk memeperolehi ilmu nie.

Dgn cara melihat, mendengar, memerhati, belajar dari guru, analisa dan banyak lagi
tetapi Ape yang aku mahu berkongdi disini adalah...
Semua kaedah diatas induknya adalah MEMBACA.

kena ingat tu ye adik2
70% adalah membaca yer dan 30% adalah dengan kaedah yang lain. ini ditegaskan dengan kajian dan surah pertama diturunkan kepada kita yang berbunyi "Bacalah!" Sebab tu msa pertemuan tu aku persoalkan.. kalau kita nak bercakap, berapa banyak buku yang dah kita baca? apa yg kita dah tau. Bukan nak berlagak tetapi itu telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya. Juga mengingatkan diri aku terutama sekali dan kita semua supaya memperbanyakkan membaca. Itulah yang aku cube fahamkan kat adik2 aku semua.

Bukan untuk mengatakan aku nie betol tetapi itu adalah dari ALLAH SWT.
sesuatu yang dilakukan akan lebih memberi keburukan dari kebaikan jika ia dilakukan tanpa ilmu Xpe kalo tidak bersetuju dengan segala tindakan ku. Tetapi aku bertindak diatas sesuatu yang betul... Trainer aku pernah kata "Professional itu akan hilang bila dihalangi dengan Emosi" aku pegang tu tetapi..... mcm mane aku x terdiam ble org bercakap tu pon xwat ape yang dia cakapkan. (hahahahaha)

tapi xpe, hari nie satu pembelajaran aku dapat.... maklumlah kena banyak belajar lagi... nak becakap kena berilmu (Kata trainer aku) Aku pegang sampai hari nie.

Orait, petang nie menuju ke Negeri 9.... kena tengok komander kat cna...Chow!!!

Wednesday, November 4, 2009

Best nie



sekarang nie tengah berusaha menghabiskan buku nie
Buat analisis cket pasal kehidupan Junjungan kita
Boleh la ikut nati
xpe, kalau rase diri kita xbagus

Ada niat utk berubah
2 dah ada pahala

Go! radi go!

Gambate!!!!!!

Berakhir semester Pertama

Alhamdulillah
hari ini adalah last presentation untuk semester nie
rasa mcm mimpi
tersangat cepat
tapi sedikit risau coz performance utk sem nie sedikit xbagus
tapi xpe, semua dah diusahakan
yang penting sekarang bertawakkal
Erm tunggu ler result plak...
Hope semua ok n berjalan dengan lancar
amin....

Esok jom g joging kat tasik shah alam...
hehehehehehe

Wednesday, October 21, 2009

Penat seh tapi Puassssss.........

Hari nie 2 jam je tido
Esok ada test plak
huhuhhuhuhu
Penat nyer... tapi best....

Kalo la aku xperlu keja
Nak blajar je kalau bleh...
Hari nie baru hantar satu final projek
Mcm xpercaya, 2 hari aku wat benda 2 sorang je
Kerja grup tapi aku nie baik cket...hahahaha
bagi aku wat semua.
Yang penting aku puas...

Lepas maghrib tadi keluar makan ngan adik2 (fuza, fairus, liza, mai, fira) aku penat giler kalo kira.. tapi kena jugak ada masa untuk diorang.
Kalau bleh sekarang nie, nak je aku terperap ngan keja n buku aku kat bilik nie. enjoy beb....
Xnak tengok dunia luar tu.. kejam... hehehehe
Sambil tu layan citer korea n jepon.

minggu depan..
Konvo untuk second time (Alhamdulillah)
Alahai cepat nyer masa berlalu...
Erm... tapi aku xtau ape yang da aku buat kat dunia nie.
Mcm xda wat pe2 je. Astaqfirullah....

setakat nie je untuk hari nie
Sedih sikit coz barcelona kalah semalam.huhuhuhu

Friday, October 16, 2009

Transformation@Transfering?

Adoi... kepala pening sehari dua nie, kerja tersangat banyak. Kekadang terpikir, mcm mana nak settlekan kerja yang banyak nie dalm masa yang singkat? kalau la ia semudah itu, alangkah indahnya hidup ini. Hari ini kehidupan seperti biasa, tiada ape yang berubah melainkan rasa syukur kepadaNYA yang masih lagi memberi segala nikmat iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. 2 hari yang lepas aku menerima panggilan dari CELCOM, ditawarkan post sebagai Programmer di tempat mereka. Masih memikirkan peluang yang datang, peluang yang datang itu difikir mendalam. 13 Oktober 2009 aku diberi peluang sebegini, sama dengan hari aku mula melihat dunia ini 13 Oktober 1985. Adakah ini tampok kepada permulaan karierku yang serius..??? Susahnya membuat keputusan...

Esok 2 test akan aku tempohi, fikiran masih kosong, buku hanya dipandang, 2 hari aku tidak menyentuh teman2ku itu. Aku mula merasakan ada sesuatu yang bermain dalam diriku, Astaqfirullah... ("Ya Allah... Jangan la sesekali engkau merubah diri ke arah keburukan dan kelalaian, jadikanlah aku diantara manusia yang bersyukur kepada mu.) Hati memohon kepadaNYA, jika diri ini ENGKAU telah letakkannya diatas jalan yang baik, jangan sesekali engkau membawaku kembali kepada jalan (buruk) yang pernah aku lalui seketika dahulu. Aku sujud kepada MU...

Aku tidak pernah terpikir untuk berada ditahap ini pada hari ini, dia seorang yg ... dia seorang yang... dia seorang yang ... hari ini aku berdiri diatas segala usaha yang telah kubina. Setapak demi setapak, hari ini aku disini (Masters of Knowledge Management) Ya Allah, janganlah engkau biarkan aku tergolong dalam golongan mereka yang rugi. ENGKAU jadikan aku dari golongan mereka yang menghargai peluang dan rezki yang engkau telah kurniakan kepada hambamu.

Aku tersenyum seketika, memikirkan aku yg satu masa dahulu. Aku lebih selesa berseorangan, kerna ketulusan dan keikhlasan yang pernah aku berikan pernah disiakan... TRUST? BELIEF? semua itu mengarut bagiku. Hari ini aku sekali lagi... sekali lagi disiakan, cukup la itu sebagai kesimpulan untuk diriku yang aku lebih suka keseorangan. tetapi aku tidak pernah menafikan lumrah tuhan kita dicipta berteman... tidak sama sekali.

Kenapa sangat susah bagiku, bukan kemewahan yang aku pinta dari teman2, malah aku sanggup korbankan apa jua yang aku ada, untukmu teman. Aku hanya inginkan SAHABAT2 yang sentiasa berada bersama ku tatkala aku keseorangan. hanya itu, hanya itu SAHABAT2 sekelian... hanya itu...aku tidak meminta lebih dari itu. Tetapi engkau hanya pandai berkata2, berdiskusi indah mengenai UKHUWWAH tetapi tidak pernah mengertikannya. Maaf... aku tidak panadai berkata2, aku hanyalah pandai mengeksresikan perasaan sayang itu dalam segala tindakanku. aku tidak pandai berkata2, aku tidak pandai segala2 nyer.

Hari ini nyata aku keseorangan... keputusan yang aku buat satu ketika dulu, meluangkan masa untukmu selama setahun setengah ini (Masters) akan ku pinda menjadi misi untuk memenuhi sistem hidup yang terlalu kejam ini. Apapun aku hulurkan jutaan terima kasih kerna meletakkan diriku dalam keaadaan sekarang, tidak aku lupakan..

TETAPI... sedar tidak sedar... aku masih mengelamun memikirkannya. Ada antara mereka yang tersedar dengak ekpresi tindakan aku itu. Kekadang terpikir, mereka masih terlalu MUDA untuk berfikir seperti itu. Mungkin kekerapan bertemu diatas kerja Berjemaah mereka mula matang untuk berfikir mencari sesuatu. Mereka mula memecahkan dinding kebekuan dihatiku ini. Mereka temankan aku dikala aku termenung memikirkan sesuatu, mnyelimutkan aku tatkala aku tidur dilanda kesejukan malam. Membalut lukaku dikala aku tersungkur rebah. Aku tersenyum...

Semakin tinggi aku menjelajahi ilmu Allah ini, aku terasa seperti aku tiada sesuatu untuk dikongsi dengan semua. Astaqfirullah... aku tunduk kepada MU, betapa luasnyanya ilmu mu ya Allah... Aku berdoa, semoga ilmu yang ditimba ini, akan mendekatkan diriku ini kepadaNYA, Tunduk dan tunduklah wahai MAT RADI AWANG SENIK... Jangan sesekali engkau banggakan dirimu... jangan sesekali engkau mengangkat mukamu walaupun sesaat. (amin)

Sunday, October 4, 2009

Setelah 2 tahun (Mendiam diri)







Salam..
Aduh sakit urat saraf aku
setelah hampir dua tahun x pergi camping
Alhamdulillah masih lagi diberi berkesempatan.

Mang mcm biasalah kemana aku pegi
Mang muka aku nie, muka CC/Biro disiplin
Keja maki2 tu kerja aku la
Yg aku xsuka ngan position nie, muka aku asyik kena masam je
Nak ngorat pelatih pon xbleh, erti katanya xbleh nak menggatal.
Coz semua xbrani nak tegur. hahaha

Erm tapi kena ingat selalu kena betulkan niat
Marah bukan utk suka2 tapi untuk mendidik
Bukan mudah nak pengang benda2 mcm nie
Nak kena wat recall, nak kena tegas, order c2, order cnie
Mang kat belakang kena kutuk abis2 la.

Tapi selagi aku kat UiTM nie, aku akan cuba sumbangkan apa yang termampu
Walau dikutuk atau dimaki, itu semua aku tidak perduli
Yang paling penting niat kita untuk mendidik serta menyedarkan bangsa sendiri.
Untuk yang lebih penting.

Kali nie camping dekat Hutan Rimba Komanwel, Rawang.
Meremang jugak bulu roma aku kat cna tambah2 time sentry tu.
Mcm biasa la jaga orang tido...
Penat seh xtido satu malam tapi xpe niat kita betul, alhamdulillah semua selamat.


Sekurang2 nyer 3/4 haribulan 9 2009 aku dapat tambah lagi sedikit pengalaman yg ada
Aku nie xsuka buang masa n tenaga
Kalo aku g mane2 aku kena make sure aku mesti blajar something.
Supaya nati aku bleh kongsi ngan orang len plak.

Kepada semua komander2 aku yang aku sayangi tu.
Penat n kena marah tu biasa la.
Mang skop keja kita mcm nie.
Kita bagi nasi kat org, tapi penampar yang dibalas. hahahahaha...
maksudnyer kita jaga n ajar pelatih semua, tapi kita yang kena maki nati.

Tapi kalau kita pikir btol2 mulianya tugas kita nie yer... kalo korang kena marah kat aku tu hehehehe... kena paham2 la (kah3x)
kepala xbtol masa tu.

Tapi paling sedih
last kumpul nak balik
aku xsempat la nak minta maaf kat diorang
arap2 diorang maafkan aku
Pengarah program la
Xpanggil aku berucap cket.. (nak kena budak nie)
Harap2 diorang maafkan aku..
Chow!