Sunday, March 21, 2010

You see... The answer over there

Salam pembuka coretan
Hanya sekadar renungan
buat saudara generasi harapan
Hanya sekadar perkongsian
Bukan menimbul keresahan
Tatkala isu pertelingkahan
Bukan mengeruh keadaan
jauh sekali untuk keburukan
sekadar renungan dan jawapan
kepada segala persoalan
You see... the answer overthere... tajuk bingkisan


Masih lagi dianugerahkan nikmat yang besar. Dikuatkan jari jemari untuk aku coretkan, sekadar perkongsian pendapat atau sebagai renungan untuk tatapan dihari kemudian.

Coretan kali ini sekadar sebuah konklusi kepada hasil sedikit pembacaan daripada sebuah buku, tulisan Fathi Yakan yang bertajuk "Apa ertinya Saya Menganut Islam". Sebuah tulisan yang hebat, telus dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesiapa yang membacanya. Diri ini tidak sehebat Hang Tuah dalam ilmu pembelaan diri, jauh lagi sehebat karyawan-karyawan, tinggi, inikan pula sehebat pahlawan islam sejati. Tetapi apa yang ingin dipertengahkan disini adalah, dimanakah letaknya "Hebat" seseorang manusia itu, dalam kehidupan yang tidak pasti ini.

Didalam tulisan tersebut, sedikit perkongsian yang boleh aku pertengahkan disini adalah mengenai "nama". Apa ada pada nama? sebelum kepada perkongsian mengenai "Hebat" sebagaimana dinyatakan diatas. Didalam tulisan Fathi Yakan, ada menyebut "Tidak semestinya orang yang bernama james itu seorang kristian dan tidak semestinya orang yang bernama Ahmad itu adalah Islam". Mata memandang kearah sesuatu, menandakan akal berfikir untuk merungkai maksud yang tersirat dari kenyataan tersebut. Aku tersenyum, menandakan satu pemahaman telah dicapai, maka disusun disini sebagi perkongsian dari apa yang difahami dan diperhatiakan.

Islam itu bukan pada nama tetapi terletak diatas iman kepada Allah swt, bukan diwarisi atau dibeli. Jangan sesekali kita meletakkan islam itu pada nama, salah untuk kita meletakkan bahawa orang yang bernama Ahmad itu adalah seseorang islam, dan jangan sesekali kita menyimpulkan sesiapa yang bernama james itu adalah seorang kristian kerana islam itu bukan pada nama semata-mata. Orang yang bernama james lebih mulia disisi Allah jika MATLAMAT hidupnya adalah mengabdikan diri kepada Allah swt. Dalam kontek tersebut, kita dapat memahami bahawa matlamat itu lebih penting berbanding dengan nama. Apa ada dengan nama???


Disini jelas apa yang boleh kita kongsikan adalah, Matlamat yang hendak dicapai itu lebih penting berbanding Nama yang dikenali. Nama yang dikenali adalah merupakan sesuatu yang penting, tidak pernah disangkal akan kebenarannya disini, tetapi timbang taranya adalah yang mane patut didahulukan diantara Nama dan Matlamat? jawapannya adalah MATLAMAT itu yang perlu diutamakan dahulu. Saya tekankan disini, ini hanyalah pandangan akal yang lemah, tidak salah untuk sesiapa menyatakan nama lebih penting dari matlamat tetapi perlulah seimbang dengan akal dan hati yang menyatakan akan kebenarannya. Usah ditegakkan benang yang basah @ berkatalah benar walau iapun pahit. Inikan pula berkaitan dengan survival @ hidup @ mati, maka perlulah kita memikirkan dengan mendalam dan lebih teliti. Lemahnya kita apabila kita meletakkan emosi untuk memutuskan jawapannya.

Seterusnya, aku teruskan dengan "Hebat"... di mana hebatnya manusia itu?? pada pandangan hasil dari pembacaanku, boleh aku simpulkan bahawa hebatnya manusia itu terletak diatas ILMU yang dimiliki. Walaupun pencapaian akademik menjadi pengukur kepada tingginya ilmu seseorang itu tetapi bagi aku, kenyataan yang boleh aku katakan adalah tidak semuanya begitu. Ilmu yang dimiliki perlulah diamal dan diaplikasikan didalam kehidupan kita. bagiku tidak berilmu seseorang itu sehingga ia tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Walau tinggi mana pencapaian akademiknya tetapi disegi pengamal ilmu itu sendiri, apabila gagal diaplikasikan, bagiku ianya hanyalah sia-sia,

Kita bawa kepada perbincangan yang lebih teliti dan mendalam. Terutamanya dalam kontek kepimpinan. seseorang pemimpin itu semesti adalah orang yang berilmu. Pada pendapatku, untuk menjadi seseorang pemimpin yang baik hendaklah diadunkan dengan "VISIONARY". seseorang pemimpin perlulah seseorang yang berilmu dan visionary ataupun memandang jauh kehadapan. ini adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang strategik kearah mencapai matlamat atau objektif kepada semua orang yang dipimpinnya. Semua pengikut perlulah mematuhi dan mentaati pemimpin itu sendiri, berdosa seseorang itu jika mengingkari dan membelot pemimpinnya sendiri. Didalam islam, kita wajib mentaati pemimpin dikalangan kita selagi dia@pemimpin itu tidak melanggar syariat islam. Sehinggakan walaupun keputusan yang diambil itu ternyata salah, tetapi kesannya hendaklah dirasai oleh semua pemimpin dan kelompok yang dipimpinnya.

Apa yang berlaku hari ini adalah jawapan kepada semua persoalan dan perlu kita muhasabah dan memikirkannya. Apa yang dirancang pada hari ini adalah semua perkara yang telah dirancang sebelumnya demi survival kita bersama. tetapi disangkal dan ditolak habis-habisan ekoran masalah peribadi dan emosi kita sendiri. Bukan menyalahkan apa yang berlaku, tetapi hendaklah kita bermuhasabah supaya ia tidak lagi berlaku. Jangan lah kita mementingkan diri sendiri lantaran ego kita yang tinggi dan akhir sekali kita yang rugi. Gunakanlah kelebihan yang diberiNYA kearah kebaikan yang pasti, Janganlah kita menggunakannya kearah kepentingan kita sendiri. Tidak usahlah kita mengejar mimpi jika kita tidak pernah bersyukur apa yang kita telah miliki... sangan rugi dan ternyata merugikan diri...

Sekadar renungan
Nurkilan ROYZ10









No comments:

Post a Comment