Wednesday, November 18, 2009

Keluarga Islam



Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Surah ar-Rum [30]: 21].


Salam

Dah beberapa hari dok kat perak nie.
Berehat sepuas2 nyer... makan, tido, makan, tido... setakat nie 2 jer kerja nyer. huhuhuhu
Memang betol2 nak rehat sebelum bermulanya semester baru.
Walau bagaimanapon, pembelajaran sentiasa berterusan. kekadang kita juga boleh belajar melalui pemerhatian (observation).

Selama bersama dengan keluarga kakak nie, aku mula menyedari dan berfikir, macam mane orang nak cepat kawin, suka sangat nak kawen, xsabar nak kawen, macam2 la persoalan yang bermain difikiran. Melihat kehidupan akak dan abang ipar melalui saat indah mereka bersama keluarga tersayang bukan sesuatu yang mudah. Dikurniakan sepasang cahaya mata (Nur Khalisa Batrisya binti Mohd Kadzir) & (Mohd Khalis wafiqbillah bin Mohd Khadzir). Mempamerkan kepadaku setiap mereka melaksanakan tanggungjawab yang besar dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.

Dari kehidupan mereka seharian aku dapat melihat betapa indahnya keluarga itu jika dibina atas landasan islam. kadang2 kita tidak terpikir pon mengenai pembentukan generasi baru yang soleh dan solehah sebenarnya bermula dari didikan keluarganya. Ia sangat penting dalam melahirkan generasi islam yang agung. Apa yang dapt kongsikan adalah mengenai tanggungjawab terhadap sesebuah keluarga amatlah berat jika seseorang itu berfikir secara waras. Soal perkahwinan adalah bukan sesuatu yang indah sebenarnya kalau difikirkan secara mendalam kerana tugas yang besar menanti dihadapan.

Jika dilihat dari keaadaan diriku pada hari ini, ternyata aku memang tidak layak untuk memperkatakan soal perkahwinanan. Memerlukan ilmu serta kelengkapan diri yang pelbagai sebelum memasuki gerbang perkahwinan. Takut kerna apa? takut dipersoalkan oleh Allah sekiranya gagal melaksanakan tanggujawab sebagai suami terutamanya dalam membentuk keluarga yang berlandaskan Islam yang suci. Konsep kekeluargaan islam itu perlu di fahami secara mendalam bagi membina sebuah keluarga islam seterusnya melahirkan generasi islam baru yang agung.

Mendapat panggilan dari ayahanda tercinta bertanyakan khabar. Bertanyakan tentang kepulangan anakanda tercinta ke kampung halaman. Erm sebelum pulang, aku perlu melaksanakan satu tanggungjawab yang diamanahkan terlebih dahulu. dakwah itu mesti diteruskan walau apa pun terjadi, peranan sebagai khalifah dimuka bumi ini harus diusahakan supaya seruan itu dapt dipenuhi. 21 hb perlu menghadirkan diri ke program remaja di masjid meru, klang. Semoga dengan kehadiran ku dapt sedikit membantu apa yang diperlukan dalam usaha membentuk generasi islam yang agung. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment