Lelaki Ansar dan Tetamu
Pada suatu hari,Rasulullah menerima kedatangan tetamu, lalu baginda bertanya:“Siapa di
Begitu juga dengan layanan orang Ansar kepada orang Muhajirin ketika mereka berhijrah ke
Salam
Dari peristiwa diatas ini, dapat kita simpulkan betapa kuatnya hubungan sahabat sesama saudara yang lain. Ukhwah islamiyyah yang tinggi bersemadi didalam setiap diri sahabat. Walaupun baru pertama kali bertemu tetapi masyaallah betapa tingginya keimanan sahabat kepada Allah swt. Pengorbanan kepada saudara yang lain sehingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri demi mengutamakan saudara yang lain. Inilah yang dinamakan ukkhuwwah fillah.
Pada hari ini, perkataan ukhwah itu sendiri sesuatu yang sinonim dan kerap diperbincangkan di mana2 kita berada. tetapi malangnya kemanisan ukhwah itu sendiri sukar dicapai dan susah difahami. kadang2 kita mengenali seseorang lebih dari sehari, malah bertahun2 lamanya, namun kemanisan ukhwah itu tidak dirasa. Ekoran sedikit perselisihan, akibatnya timbulnya permusuhan, tidak bertegur diantara satu sama lain, dendam dan sebagainya. Apakah ini dinamakan ukhwah fillah..? apakah ini ukhwah yang kita banggakan? tidak sama sekali. Melihat peristiwa diatas, nyata kita tersilap, walaupun kali pertama bertemu, betapa tingginya kasih sahabat kepada saudaranya. Tempoh masa ukhwah itu dibentuk bukannya ukuran untuk membentuk ukhwah fillah yang sebenar.
Nyata kita lemah dan tidak berdaya. kenapa malu mengaku salah jika kita salah?? mengapa kita mengatakan kita pandai padahal kita tidak berilmu?? kenapa kita perlu malu mengaku kita tidak berdaya?? kita lemah segalanya?? mengapa?? kerana ego yang tinggi?? adakah itu sebab utama kita tak pernah mengatakan "Tidak"?? adakah kerana itu sahabat2?? xusah dimalukan... lemah itu memang sifat kita. sape kita mendabik dada mengatakan kita kuat? sape kita? kuat itu bukan milik kita, ia milik Allah SWT.
Kalau ada saudara kita tersilap, tegurlah ia secara berhikmah. Ada cara nya, teguran itu untuk kebaikan bukan untuk mengeruh keadaan, x ada salahnya sahabat2 sekelian. Batu walaupun sekeras mane pon akan terbelah dengan titisan air. Tinggi mana sangat la ego manusia itu sehingga menjadi satu penghalang kepada sebuah ikatan ukhwah itu, kuat sangat kah manusia itu sehingga memerlukan suara yang tinggi (marah) semata2 untuk menyedarkannya. Kadang2 kata2 yang lembut itu lebih memberi kesan, mengalirkan mutiara jernih tanda menginsafi kesalahannya. Masyaallah.... bukan namanya ukhwah jika marah dan berdendam kepada saudara kita itu sendiri. Jika ukhwah yang sedemikian rupa dibentuk, tidak usah kita tangisi dengan pemergiannya.
Untuk akhirnya... carilah ukhwah fillah itu, kerana ia amat sukar dicari. Rasailah kemanisan ukhwah itu sendiri, hayatilah betapa bertuahnya manusia dianugerahi dengan rasa kasih dan sayang. Kerana ia bukan sahaja satu kenikmatan, malah boleh membawa kita semua bertemu dengan syurga Allah SWT. Disini aku sama2 memperingatkan diri ini, jangan terlalu mementingkan diri sendir. sentiasa berfikir dengan segala tindakan yang diambil, sentiasa bermuhasabah kerana kita dianugerahkan akal untuk berfikir... wassalam...
Special for them... alwayz with me. Akan aku buktikan bahawa tempat yang mereka pilih pada hari ini bukan tempat yang salah. Amin... binnajah!
No comments:
Post a Comment