Wednesday, September 30, 2009

Sepetang di CITU

Salam

Alhamdulillah masih ada lagi kesempatan dan ruang untuk ku gagahkan jari jemari ini menulis kata hati yang selalu berkata tetapi tiada ruang untuk diluahkan. Dari kecil aku diajar supaya banyak berdikari berdiri diatas kaki sendiri. jangan mengharapkan sesuatu dari yang lain. Kesusahan yang kita rasai adalah sebenarnya satu nikmat yang besar. kesusahan itu sebenarnya adalah suatu pembelajaran. alhamdulillah masih lagi deberikan umur yang panjang menikmati aidilfitri di kampung halaman bersama keluarga tercinta.

Kini kembali ke perantauan dengan penuh motivasi yang tinggi. hari ini tanpa dirancang aku ke Pejabat CITU UiTM Puncak Perdana. Tanpa ku duga, aku menghabiskan masa lebih satu jam bersembang dengan salah seorang staf disitu. sangat menarik.. bagaikan diskusi menteri, masing2 mengeluarkan idea dan pandangan... Tajuknya mengenai kepimpinan hari ini VS kepimpinan dizaman Rasullullah saw. mengungkap kembali sejarah baginda dalam kebijaksanaan dan keperibadian yang mulia mampu membina empayer umat islam di dunia.

Subhanallah...

diskusi berlarutan sehingga ke isu bagaimana sebenarnya bersmesyuarat yang betul mengikut islam? Adakah semua tindakan perlu di mengikut apa yang diputuskan di dalam mesyuarat atau bagaimana?

Fuss... sonok banyak input yang aku dapat...

Aku terfikir sesuatu.. Ya aku tidak salah mengambil mengambik keputusan itu...

Wednesday, September 16, 2009

Semakin Lari Semakin Ia Menghampirinya

Tetiba sahaja henset orange aku berbunyi
menandakan masuknya satu perutusan dari seseorang
"Di minta abg radi menghadirkan diri ke AGM malam ini, kami amat memerlukan abg radie"
Aku hanya tergelak kecil, memikirkan apa yang mereka mengarutkan.
Pengalaman lepas banyak mengajarku supaya lebih berhati2
jangan terlalu menjaga orang, sehingga diri terpaksa untuk melakukan sesuatu
dan akhirnya diri juga yang rugi.
Entah la aku pon tidak faham, sehari dua ini banyak yang mengangu aku, Semua mencariku
ape yang lebihnya aku ini, aku sendiri pon tidak paham.
Jangan radi, hati berkata.. jangan nati diri tak keruan.
Aku ingin larikan diri sejauh yang boleh. aku perlu lebih memikirkan hala tuju hidup aku ini.
Hala tuju karier yang ingin aku bina. Sudah cukup aku menjaga orang lain tetapi akhirnya diri entah kemana halatuju.
Wlaupon hakikatnya aku mengerti, sejauh mana aku melarikan diri namun aku tahu ia sentiasa akan menghampiriku.
Seboleh-bolehnya aku ingin mencari sesuatu yang pernah aku impikan dahulu.
Cukup la radi, mungkin sudah cukup untukmu memcari tetapi sekarang sudah tiba masanya untuk kamu mengaplikasikannya didalam dunia kareer mu.
Apa yang kamu alami untuk setahun dua ini adalah semuanya provokasi
itu bukan passion mu sebenarnya
itu bukan dunia kamu
duniamu di tempat lain
Alhamdulillah selepas ini aku nekad untuk merancang hala tuju hidupku
Aku berdoa supaya diperkuatkan diri walaupon sudah terlambat disini
Amin... insyaallah.

Tuesday, September 15, 2009

Maafkan diri ini

Alhamdulillah...
Hari ini aku dianugerahkan lagi peluang oleh Allah SWT
Untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini
Aku bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat yg paling besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.
tidak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut Hari kebesaran Islam
Walaupun hati masih dibelenggu duka
tetapi kegembiraan kedatangan aidilfitri memang dirasa.

Baru je lepas meeting ngan adik2 semua
Thanx for u all semua
Banyak mengajar diri ini bekerja didalam ikatan ukhwwah. sesuatu yg tidak pernah dirasa sebelum ini. Thanx for u all.

Walaupon blog ini tidak dibuka kepada semua. ianya adalah bertujuan untuk meluahkan kata hati ini, tetapi moga2 sahabat2, adik2 boleh menilai bahawanya bertapa hati ini terlalu menyayangi anda semua.

Sejuta keampunan aku pohonkan kepada adik2 semua kerana mengambil keputusan ini diatas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Diharap adik2 dapat meneruskan perjuangan yang kita bina bersama dahulu sehingga ke titisan terakhir. Segala sokongan yang yg telah anda berikan, abg menghargainya dan semoga Allah SWT dapat membalasnya.

-Epol
-Syuk
-E'ein
-Zamie
-Said
-Najib
-Did
-Fuza
-Aishah
-Liza
-Tinie
-Shira
-Kak Chik
-Hajar

Thanks for everything
Luv u all semua
See u on the top

Moga kita akan terus bersama
Walau secara hakiki kita tidak bersama, tetapi doaku untuk anda semua akan terus bersama.
Maafkan diri abg...

Assalamualaikum

Monday, September 14, 2009

Self - directed learning

Alhamdulillah
Pukul 9.05 mlm kelasku untuk hari ini tamat
Learning organization and organization learning
satu subjek yang sangat menarikku.
Banyak input-input yang aku perolehi
yang banyak mempengaruhi cara pembelajaranku didalam skop kecilnya adalah kepimpinan
bak kata org bijak pandai: nak berkata biarlah berilmu, jangan cakap ikut suka je.

kelas bermula seperti biasa..
Presentation aku pada hari ini adalah berkaitan "Team Learning"
Agak suka jugalah dengan topik ini
berkaitan dengan keputusan mengejut yang aku putus 2 hari lepas.
Aku pernah terbaca dalam satu sumber diatas keputusan yang aku putuskan
tetapi aku lupa, buku yang mana? xingat
maklum la kononnya banyak sangat la membaca
bak kata nak bercakap biarlah berilmu...
tetiba masa pembentangan tu terlintas tajuk buku tu

Kelas hari ini diteruskan dengan "learning Paradigm"
memang aku suka kelas nie
Banyak yang aku dapat
Serius...

Selepas kuar dari kelas
Tetiba lecturerku mengajak makan bersamanya
Diekori 2 lagi rakanku
kami menuju ke "Kekandang"

Sungguh aku tidak sangka
Banyak isu-isu semasa telah kami bincangkan
Antara yang paling aku suka
AGAMA & PERLEMBAGAAN
Kata lecturerku: kalau nak bercakap kita kena berilmu disemua sudut samada disudut agama, perlembagaan dan juga lain-lain.
Aku tersenyum mendengar sambil mengimbau satu musyawarah yang aku sertai 2 hari lepas
kerana disitu ada sesuatu yang aku dapat belajar

Hak keistimewaan, Akta 154, semuanya adalah
memang aku respek la kat dia
nyata tahap pembelajarannya sepadan dengan ilmu yg dimilikinya
Kalau lah aku bawa isu ini dalam musyawarah lepas, pasti semua akan terdiam
Erm... tapi xpe, itu semua tidak penting.. yang penting bagi aku, aku belajar mengenal sesuatu.

La Tahzan

Hari ini perjalanan hidupku seperti biasa
semalam kesedihan menjelma
tetapi pada hari ini ia telah berlalu
itulah aku...
Kesedihanku biasanya tidak akn berpanjangan
Mungkin inilah satu jawapan kepadaku
Diatas kata2 rakan2ku mengenai kepelikan diriku

Betul kata mereka yg sentiasa bersamaku
"Jangan bersedih abang, mgkin Allah nak bagi masa untuk abang berehat"
kata2 itu landas menyedarkan aku, walau ringkas tetapi ia sgt menyentap perasaanku
Termenung memikirkan seketika...

Berehat memikirkan urusan-urusan duniawi
Membuka ruang untuk bertakarrab kepada-NYA
Astaqfirullah...
Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah...




Sunday, August 30, 2009

"Saya Tak Faham Awak"



"Awak ni nape?"

"Saya tak faham la awak nie"

"Awak tak pernah berubah"

Aku dikejutkan dengan suara ini. Terdiam seketika, suara yg pernahku dengar suatu ketiaka dulu, suara yg selalu membuatku tersenyum. Sesuatu yg sudah berlalu tidak usah di perkatakan lagi. Masa itu ibarat pedang. Jikalau kita tidak membunuhnya, maka ia akan membunuh kita. Seumpama di medan perang yang bersenjatakan pedang. jikalau kita tidak menggunakan pedang tersebut maka kita akan menjadi mangsa kepada musuh. Begitulah ibaratnya masa sgt penting buat ku.

Sudah menjangkau lebih kurang 2 tahun. Memoriku bersamamu telah lama kulupuskan, samada indah, manis ataupun pahit sama sekali, itu semua tidak penting, semuanya telah pergi dari memori kecilku ini. Aku adalah aku, tidak usah ditanya siapa aku. Masa yg diberi selama hampir lima tahun sudah cukup untuk mu mengerti siapa si kecil ini. Aku tetaplah aku dan engkau tetap lah engkau. Kenapa perlu bibir manismu menyebut namaku lagi sedangkan kita sudah mempunyai haluan masing-masing yang hendak ditujui, jangan dikatakan haluan itu akan kembali menjadi satu, tidak sama sekali. Aku tetap aku yang dulu, sekali aku memandang ke depan, tidak akan aku berpaling lagi, ia sangat merugikan aku dan sangat merugikan...

Maafkan aku seandainya aku terlalu keji buat mu. Tapi aku adalah seorang yg sangat berpegang kepada prinsip ku. Ya.. itu hanyalah prinsip yg direka manusia, aku setuju.. tapi kerana prinsip itulah aku berdiri disini. Pantang bagiku kepada mereka yg munafik dalam perjanjian mereka. Mungkin disitu pelik yg selalu diperkata oleh sahabat-sahabat aku mengenai diriku ini. Tiada kesedihan yg melampau dalam diriku ini, apa yg keluar dari mulut ku itulah yg akan aku laksanakan. Yang berlalu aku biarkan ia berlalu.. the simple word, the simple thinking, the simple action..

Bukan aku yg meminta untuk begini, keputusan ini dibuat diatas dasar kepentingan keluarga mu bukan kepentingan kita bersama, mudah bagimu dan mudah bagiku. Aku hanya mendengar dan tersenyum, tersenyum untuk apa? tersenyum untuk meredhai pemergianmu tanda doa supaya diperkuatkan diriku. Aku tidak pernah rugi dengan pemergianmu, walau aku berkali-kali memanggil dirimu tapi engkau tidak mengedahkannya. Bukan aku memuji, meninggi diri tapi aku seorang yang sangat setia pada janjiku. kenapa aku perlu besedih atas pemergian mu... Pergilah! mungkin aku bukan untuk engkau dan engkau bukan untuk aku.

Hari ini segalanya terbukti.. panggillah diriku sehingga engkau jemu. Tidak... Tidak mungkin aku berpaling. tidak mungkin.. ia sudah berlalu.. biarkan ia berlalu. Sudah aku katakan, aku tidak pernah sedih diatas pemergianmu.. pergilah engkau dengan haluan hidupmu, dan aku dengan haluan hidupku. Mungkin kita bukan seperti Adam dan Hawa untuk dijodohkan bersama. Lupakan aku dan aku telah lama melupaimu, maafkan aku andai aku terlalu zalim buatmu, maafkan aku... mungkir sukar utk ku mencari pengganti dirimu tetapi... kita sudah jauh kehadapan.. terlalu jauh.. tidak mungkin kita akan berundur kepada masa dahulu. Mungkin pada aku, waktu bersama mu umpama mimpi tidurku dan aku terbangun dari tidur pada ketika ini. Aku ada impian yg lebih besar berbanding dari impian yang pernah kita bina bersama dulu. Pergilah.. aku sudah lama merelakan pemergian mu, usahlah kembali padaku.

Aku doakan engkau dipertemukan dengan dia yang lebih memahami dirimu. Walau beribu alassan yg engkau berikan kepadaku, Ya... aku mengetahui kesulitan disisimu. tetapi maafkan aku, diriku bukan lagi milikmu. Biarlah takdir yg menentukan.. untuk diriku, aku selalu berdoa moga dipertemukan insan seperti mu yang pernah aku temui suatu ketika dulu. MUSTAHIL UNTUK KITA SEPERTI DULU.

Moga engkau sentiasa bahagia selalu.

Janji-janji semasa kita bersama dulu tetap akan aku laksanakan selagi termampu.

Jangan pernah bersedih diatas apa yang berlaku.

Setidak-tidaknya aku pernah mengenali engkau dan engaku pernah mengenali ku.

Bersyukurlah dengan apa yg berlaku.

Wassalam...




Thursday, August 27, 2009

Mari Bercerita (Ape feedback anda?)


Aku sebuah ROBOT


"Saya cadangkan..."

"Saya Sokong..."

"Dengan Ini...."

Di situ bermulalah era pentadbiran dunia yg dipimpin oleh ROBOT. Pentadbiran yg berubah berorientasikan demokratik dan bukan rampasan kuasa menjadikan dunia makin pelik. Isu ini makin hangat diperkatakan oleh seluruh penduduk bumi. Ramai yg tidak menyangka tampok pemerintahan dunia akan dipengang oleh sebuah ROBOT. Sesetengah saintis dan juga seluruh pencipta robot sedunia tidak setuju dengan peralihan kuasa ini walaupun secara demokratiknya, Hampir keseluruhan penduduk bumi memilih ROBOT tersebut sebagai pemimpim mereka. maka bermulalah era pentadbiran bumi yg baru yg diterajui oleh sebuah robot.

Setahun yg lalu, sebuah ROBOT yang dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi telah dicipta oleh sekumpulan saintis yang terkenal. Menurut sumber yg boleh dipercayai, proses pembuatan robot tersebut bermula setelah satu perjanjian dicapai bersama pihak lain. Sebuah robot yg telah siap dibina, diimport dari planet lain sebagai model pertama untuk dijadikan bahan penyelidikan.

Dengan usaha yg gigih, melalui pelbagai kajian dan penyelidikan, saintis tersebut cuba merancang membina sebuah robot yang memenuhi citarasa dan permintaan dunia. Setelah beberapa penyelidikan dijalankan, mereka berkeputusan untuk membina satu robot yg sama dengan robot yg diimport dari planet lain tetapi perlu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yg lebih canggih utk memenuhi permintaan dunia. segala reka bentuk dan fungsinya diperbaharui dan diprogramkan sebagaimana mengikut perancangan mereka.

Setelah melalui fasa-fasa pembuatan mengikut rangka kerja (framework), usaha mereka menampakkan hasilnya apabila ROBOT pertama mereka model RD11 hampir siap dibina. Model RD11 ini direka bersama beberapa jentera yg canggih yg akan menyokong pergerakan robot tersebut. Setelah proses pembinaan selesai, mereka mencadangkan supaya ia diujikaji di sebuah kawasan selamat yg terletak di pendalaman selatan bumi bagi memastikan robot beserta jentera tersebut diprogramkan serta berfungsi dengan baik. Dengan kerjasama pihak kerajaan, lokasi ini dirahsiakan untuk memastikan keselamatan penduduk bumi terjaga.

Hari demi hari berlalu, robot dan segala jenteranya melalui ujikaji peringkat demi peringkat. Berita tentang kejayaan saintis tersebut mencipta robot tersebut menjadi perbualan ramai sehingga ke peringkat kementerian-kementerian serta pemimpin-pemimpin tersohor di bumi. Mereka mula mendapat perhatian dari media2, akhbar tentang kejayaan mereka tetapi ada jugak yg tidak berpuas hati dan tidak senang duduk dengan berita kejayaan tersebut.

Walau bagaimana pun, langkah dan segala perancangan disusun dengan rapi. Sesudah sampai masa yg ditunggu, maka secara rasminya, robot-robot tersebut mula menjadi tarikan ramai, semua bercerita mengenai kecanggihan robot bersama jenteranya. banyak syarikat-syarikat besar mula berminat dengan rekaan dan fungsi terbaru robot tersebut.

Setelah beberapa bulan kemudian, manusia mula yakin dengan kemampuan robot tersebut. Dan tanpa diduga, mereka memilih robot tersebut menjadi pemimpin kepada seluruh penduduk bumi. maka hidup la penduduk bumi di bawah pemerintahan robot tersebut. dalam tempoh beberapa bulan dibawah pentadbiran robot beserta dengan jenteranya, semua berjalan dengan lancar. Penduduk bumi hidup dengan aman dan damai.

Setelah beberapa bulan belalu, robot tersebut mula membuat beberapa pembaharuan dan pendekatan. Banyak isu-isu yg timbul ekoran dari tindakan membuat banyak perubahan dasar pentadbiran bumi. walau bagaimana pun, para saintis mula membuat analisa segala tindakan robot tersebut memandangkan ia mula tidak dapat dikawal. Tetapi malangnya, para pencipta dan saintis gagal untuk berbuat demikian ekoran dari rasa tidak puas hati dan tidak tahan dengan Isu-Isu yg berlaku dalm organisasi besar mereka, ada diantara mereka yg berkeputusan untuk meninggalkan organisasi tersebut dan membawa haluan masing-masing.

Maka kehidupan bumi terus di bawah pentadbiran robot bersama jentera-jenteranya...

Soalan:

1. Wajarkah bumi ditadbir oleh sebuah robot?

2. Adakah salah untuk sebuah Robot membuat Pembaharuan mengikut ape yg diprogramkan kepadanya?

3. Dalam cerita ini, siapa yg harus disalahkan? adakah Robot itu sendiri atau Pencipta @ saintis yang mencipta robot tersebut?

4. Apakah perkara Positif dan Negatif yg anda dapat dari cerita ini?

4. Apakah yg anda dapat simpulkan dari cerita ini?

(kepada sesiapa yg mengunjungi blog ini, ucapan terima kasih didahulukan, sila jawab lima soalan di ats melalui komen dibawah, TQ)