Thursday, August 27, 2009

Jangan Berundur (episod 2)


Ayahku tiada kemampuan seperti mereka yg lain. Pada usia itu, aku seolah-olah mengerti kekusutan dan keperitan seorang ayah dalam membesarkan kami adik beradik. Seawal pagi, bagai sebuah kilang yg ingin memulakan operasinya, keaadaan di rumah waktu itu sukar diilusi dengan kata-kata disini. Jeritan motorkar ayah bagaikan suara kanak-kanak kecil yg dikejutkan dari tidur nya, merungut tanda kemarahan tatkala mencari ibunya yg pergi. Memecah kedinginan pagi seketika manusia lain dibawa arus mimpi, dibawa kesenangan yg abadi. Tapi ayah... seorang pemandu teksi semasa itu, mengekang tulang-belulangnya menggagahkan urat sarafnya, keluar mencari rezeki. Kata ayah: Biarlah ape orang kata, biarlah ayah malu dimata, tetapi yg paling penting buat ayah, sebiji nasi, setitik air yg membesarkan tapak tangan ini datangnya dari sumber yg suci.

Ayah dengan hanya kelulusan darjah enam, itulah yg ayah mampu untuk kami. Fikiran ini terus melayang dibawa keresahan kepadanya tatkala usianya yg melewati senja. Aku hanya mampu berdoa "Ya Allah, selamatkan lelaki ini, Panjangkanlah umurnya, lelaki yg banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang peritnya mengenal si putih dan si hitam". Walaupun suatu hari nanti aku berdiri diatas kejayaan yg aku bina, pasti diri ini tidak mampu menjejaki lorong-lorong yang pernah ayah lalui.

Perwatakan ayah sangat lembut, kalau dilihat dari luar, ayah sangat lain, seolah seorang ketua kepada polis negara yg sedang menyiasat penjenayah nombor satu negara. Tetapi betullah kata mereka yg berpengetahuan, siapa kita untuk menilai? siapa kita hendak menentukan siapa yg hak dan siapa yg batil. Bila didekati dan perhalusi keatas lelaki ini, kita akan terduduk memikirkannya kerana lelaki ini sgt berlainanan wataknya bila didekati. Watak sebenarnya seorang yg lemah lembut dan suka berjenaka pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Zaman sekolah rendah aku banyak dipenuhi dengan aktiviti seperti kanak-kanak lain juga. Aku tidak seperti mereka, dunia bebasku hanyalah disekolah pada waktu itu. Ayah tidak membenarkan aku kemana-mana melainkan dengan pengawasan darinya sendiri. Tidak pernah ayah biarkan seekor nyamuk pun menggigitku, inikan melepaskanku seorang diri untuk bermain. Aku ditatang bagai minyak yg penuh.

Aku tidak mempunyai banyak kawan disekolah pada masa itu, mugkin sikapku yg tidak disenangi ramai, aku tidak disukai mereka. Lagipun aku selalu keseorangan, tidak berteman. Bagiku berteman ataupun tidak jawapannya adalah sama sahaja. Aku masih ingat, loceng terakhir tanda sesi pembelajaran sudah berakhir, semasa itu aku cukup marah dengan ejekan rakan-rakan sebelah kelasku. Sekolahku menganjurkan Program Mencintai Alam Sekitar, kami dibenarkan untuk bercucuk tanam di kawasan sekolah. Setiap kelas bebas untuk memilih tanaman yg mereka sukai. Kelasku pada waktu itu bagai dalam sidang parlimen, sebulat suara membuat keputusan menanam pokok lada. kata mereka pokok lada senang ditanam dan dijaga. Aku dengan berat hati menerima keputusan tersebut walaupun tidak setuju. Lagi pun itu semua bukan urusan ku, inikan pulak untuk bercucuk tanam. pasti tidak aku endahkan. Maka bermulalah operasi menanam pokok lada bagi kelas aku pada masa itu.

Selang beberapa bulan kemudian.... (bersambung)


No comments:

Post a Comment