Sunday, August 30, 2009

"Saya Tak Faham Awak"



"Awak ni nape?"

"Saya tak faham la awak nie"

"Awak tak pernah berubah"

Aku dikejutkan dengan suara ini. Terdiam seketika, suara yg pernahku dengar suatu ketiaka dulu, suara yg selalu membuatku tersenyum. Sesuatu yg sudah berlalu tidak usah di perkatakan lagi. Masa itu ibarat pedang. Jikalau kita tidak membunuhnya, maka ia akan membunuh kita. Seumpama di medan perang yang bersenjatakan pedang. jikalau kita tidak menggunakan pedang tersebut maka kita akan menjadi mangsa kepada musuh. Begitulah ibaratnya masa sgt penting buat ku.

Sudah menjangkau lebih kurang 2 tahun. Memoriku bersamamu telah lama kulupuskan, samada indah, manis ataupun pahit sama sekali, itu semua tidak penting, semuanya telah pergi dari memori kecilku ini. Aku adalah aku, tidak usah ditanya siapa aku. Masa yg diberi selama hampir lima tahun sudah cukup untuk mu mengerti siapa si kecil ini. Aku tetaplah aku dan engkau tetap lah engkau. Kenapa perlu bibir manismu menyebut namaku lagi sedangkan kita sudah mempunyai haluan masing-masing yang hendak ditujui, jangan dikatakan haluan itu akan kembali menjadi satu, tidak sama sekali. Aku tetap aku yang dulu, sekali aku memandang ke depan, tidak akan aku berpaling lagi, ia sangat merugikan aku dan sangat merugikan...

Maafkan aku seandainya aku terlalu keji buat mu. Tapi aku adalah seorang yg sangat berpegang kepada prinsip ku. Ya.. itu hanyalah prinsip yg direka manusia, aku setuju.. tapi kerana prinsip itulah aku berdiri disini. Pantang bagiku kepada mereka yg munafik dalam perjanjian mereka. Mungkin disitu pelik yg selalu diperkata oleh sahabat-sahabat aku mengenai diriku ini. Tiada kesedihan yg melampau dalam diriku ini, apa yg keluar dari mulut ku itulah yg akan aku laksanakan. Yang berlalu aku biarkan ia berlalu.. the simple word, the simple thinking, the simple action..

Bukan aku yg meminta untuk begini, keputusan ini dibuat diatas dasar kepentingan keluarga mu bukan kepentingan kita bersama, mudah bagimu dan mudah bagiku. Aku hanya mendengar dan tersenyum, tersenyum untuk apa? tersenyum untuk meredhai pemergianmu tanda doa supaya diperkuatkan diriku. Aku tidak pernah rugi dengan pemergianmu, walau aku berkali-kali memanggil dirimu tapi engkau tidak mengedahkannya. Bukan aku memuji, meninggi diri tapi aku seorang yang sangat setia pada janjiku. kenapa aku perlu besedih atas pemergian mu... Pergilah! mungkin aku bukan untuk engkau dan engkau bukan untuk aku.

Hari ini segalanya terbukti.. panggillah diriku sehingga engkau jemu. Tidak... Tidak mungkin aku berpaling. tidak mungkin.. ia sudah berlalu.. biarkan ia berlalu. Sudah aku katakan, aku tidak pernah sedih diatas pemergianmu.. pergilah engkau dengan haluan hidupmu, dan aku dengan haluan hidupku. Mungkin kita bukan seperti Adam dan Hawa untuk dijodohkan bersama. Lupakan aku dan aku telah lama melupaimu, maafkan aku andai aku terlalu zalim buatmu, maafkan aku... mungkir sukar utk ku mencari pengganti dirimu tetapi... kita sudah jauh kehadapan.. terlalu jauh.. tidak mungkin kita akan berundur kepada masa dahulu. Mungkin pada aku, waktu bersama mu umpama mimpi tidurku dan aku terbangun dari tidur pada ketika ini. Aku ada impian yg lebih besar berbanding dari impian yang pernah kita bina bersama dulu. Pergilah.. aku sudah lama merelakan pemergian mu, usahlah kembali padaku.

Aku doakan engkau dipertemukan dengan dia yang lebih memahami dirimu. Walau beribu alassan yg engkau berikan kepadaku, Ya... aku mengetahui kesulitan disisimu. tetapi maafkan aku, diriku bukan lagi milikmu. Biarlah takdir yg menentukan.. untuk diriku, aku selalu berdoa moga dipertemukan insan seperti mu yang pernah aku temui suatu ketika dulu. MUSTAHIL UNTUK KITA SEPERTI DULU.

Moga engkau sentiasa bahagia selalu.

Janji-janji semasa kita bersama dulu tetap akan aku laksanakan selagi termampu.

Jangan pernah bersedih diatas apa yang berlaku.

Setidak-tidaknya aku pernah mengenali engkau dan engaku pernah mengenali ku.

Bersyukurlah dengan apa yg berlaku.

Wassalam...




Thursday, August 27, 2009

Mari Bercerita (Ape feedback anda?)


Aku sebuah ROBOT


"Saya cadangkan..."

"Saya Sokong..."

"Dengan Ini...."

Di situ bermulalah era pentadbiran dunia yg dipimpin oleh ROBOT. Pentadbiran yg berubah berorientasikan demokratik dan bukan rampasan kuasa menjadikan dunia makin pelik. Isu ini makin hangat diperkatakan oleh seluruh penduduk bumi. Ramai yg tidak menyangka tampok pemerintahan dunia akan dipengang oleh sebuah ROBOT. Sesetengah saintis dan juga seluruh pencipta robot sedunia tidak setuju dengan peralihan kuasa ini walaupun secara demokratiknya, Hampir keseluruhan penduduk bumi memilih ROBOT tersebut sebagai pemimpim mereka. maka bermulalah era pentadbiran bumi yg baru yg diterajui oleh sebuah robot.

Setahun yg lalu, sebuah ROBOT yang dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi telah dicipta oleh sekumpulan saintis yang terkenal. Menurut sumber yg boleh dipercayai, proses pembuatan robot tersebut bermula setelah satu perjanjian dicapai bersama pihak lain. Sebuah robot yg telah siap dibina, diimport dari planet lain sebagai model pertama untuk dijadikan bahan penyelidikan.

Dengan usaha yg gigih, melalui pelbagai kajian dan penyelidikan, saintis tersebut cuba merancang membina sebuah robot yang memenuhi citarasa dan permintaan dunia. Setelah beberapa penyelidikan dijalankan, mereka berkeputusan untuk membina satu robot yg sama dengan robot yg diimport dari planet lain tetapi perlu dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan yg lebih canggih utk memenuhi permintaan dunia. segala reka bentuk dan fungsinya diperbaharui dan diprogramkan sebagaimana mengikut perancangan mereka.

Setelah melalui fasa-fasa pembuatan mengikut rangka kerja (framework), usaha mereka menampakkan hasilnya apabila ROBOT pertama mereka model RD11 hampir siap dibina. Model RD11 ini direka bersama beberapa jentera yg canggih yg akan menyokong pergerakan robot tersebut. Setelah proses pembinaan selesai, mereka mencadangkan supaya ia diujikaji di sebuah kawasan selamat yg terletak di pendalaman selatan bumi bagi memastikan robot beserta jentera tersebut diprogramkan serta berfungsi dengan baik. Dengan kerjasama pihak kerajaan, lokasi ini dirahsiakan untuk memastikan keselamatan penduduk bumi terjaga.

Hari demi hari berlalu, robot dan segala jenteranya melalui ujikaji peringkat demi peringkat. Berita tentang kejayaan saintis tersebut mencipta robot tersebut menjadi perbualan ramai sehingga ke peringkat kementerian-kementerian serta pemimpin-pemimpin tersohor di bumi. Mereka mula mendapat perhatian dari media2, akhbar tentang kejayaan mereka tetapi ada jugak yg tidak berpuas hati dan tidak senang duduk dengan berita kejayaan tersebut.

Walau bagaimana pun, langkah dan segala perancangan disusun dengan rapi. Sesudah sampai masa yg ditunggu, maka secara rasminya, robot-robot tersebut mula menjadi tarikan ramai, semua bercerita mengenai kecanggihan robot bersama jenteranya. banyak syarikat-syarikat besar mula berminat dengan rekaan dan fungsi terbaru robot tersebut.

Setelah beberapa bulan kemudian, manusia mula yakin dengan kemampuan robot tersebut. Dan tanpa diduga, mereka memilih robot tersebut menjadi pemimpin kepada seluruh penduduk bumi. maka hidup la penduduk bumi di bawah pemerintahan robot tersebut. dalam tempoh beberapa bulan dibawah pentadbiran robot beserta dengan jenteranya, semua berjalan dengan lancar. Penduduk bumi hidup dengan aman dan damai.

Setelah beberapa bulan belalu, robot tersebut mula membuat beberapa pembaharuan dan pendekatan. Banyak isu-isu yg timbul ekoran dari tindakan membuat banyak perubahan dasar pentadbiran bumi. walau bagaimana pun, para saintis mula membuat analisa segala tindakan robot tersebut memandangkan ia mula tidak dapat dikawal. Tetapi malangnya, para pencipta dan saintis gagal untuk berbuat demikian ekoran dari rasa tidak puas hati dan tidak tahan dengan Isu-Isu yg berlaku dalm organisasi besar mereka, ada diantara mereka yg berkeputusan untuk meninggalkan organisasi tersebut dan membawa haluan masing-masing.

Maka kehidupan bumi terus di bawah pentadbiran robot bersama jentera-jenteranya...

Soalan:

1. Wajarkah bumi ditadbir oleh sebuah robot?

2. Adakah salah untuk sebuah Robot membuat Pembaharuan mengikut ape yg diprogramkan kepadanya?

3. Dalam cerita ini, siapa yg harus disalahkan? adakah Robot itu sendiri atau Pencipta @ saintis yang mencipta robot tersebut?

4. Apakah perkara Positif dan Negatif yg anda dapat dari cerita ini?

4. Apakah yg anda dapat simpulkan dari cerita ini?

(kepada sesiapa yg mengunjungi blog ini, ucapan terima kasih didahulukan, sila jawab lima soalan di ats melalui komen dibawah, TQ)

Jangan Berundur (episod 2)


Ayahku tiada kemampuan seperti mereka yg lain. Pada usia itu, aku seolah-olah mengerti kekusutan dan keperitan seorang ayah dalam membesarkan kami adik beradik. Seawal pagi, bagai sebuah kilang yg ingin memulakan operasinya, keaadaan di rumah waktu itu sukar diilusi dengan kata-kata disini. Jeritan motorkar ayah bagaikan suara kanak-kanak kecil yg dikejutkan dari tidur nya, merungut tanda kemarahan tatkala mencari ibunya yg pergi. Memecah kedinginan pagi seketika manusia lain dibawa arus mimpi, dibawa kesenangan yg abadi. Tapi ayah... seorang pemandu teksi semasa itu, mengekang tulang-belulangnya menggagahkan urat sarafnya, keluar mencari rezeki. Kata ayah: Biarlah ape orang kata, biarlah ayah malu dimata, tetapi yg paling penting buat ayah, sebiji nasi, setitik air yg membesarkan tapak tangan ini datangnya dari sumber yg suci.

Ayah dengan hanya kelulusan darjah enam, itulah yg ayah mampu untuk kami. Fikiran ini terus melayang dibawa keresahan kepadanya tatkala usianya yg melewati senja. Aku hanya mampu berdoa "Ya Allah, selamatkan lelaki ini, Panjangkanlah umurnya, lelaki yg banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang peritnya mengenal si putih dan si hitam". Walaupun suatu hari nanti aku berdiri diatas kejayaan yg aku bina, pasti diri ini tidak mampu menjejaki lorong-lorong yang pernah ayah lalui.

Perwatakan ayah sangat lembut, kalau dilihat dari luar, ayah sangat lain, seolah seorang ketua kepada polis negara yg sedang menyiasat penjenayah nombor satu negara. Tetapi betullah kata mereka yg berpengetahuan, siapa kita untuk menilai? siapa kita hendak menentukan siapa yg hak dan siapa yg batil. Bila didekati dan perhalusi keatas lelaki ini, kita akan terduduk memikirkannya kerana lelaki ini sgt berlainanan wataknya bila didekati. Watak sebenarnya seorang yg lemah lembut dan suka berjenaka pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Zaman sekolah rendah aku banyak dipenuhi dengan aktiviti seperti kanak-kanak lain juga. Aku tidak seperti mereka, dunia bebasku hanyalah disekolah pada waktu itu. Ayah tidak membenarkan aku kemana-mana melainkan dengan pengawasan darinya sendiri. Tidak pernah ayah biarkan seekor nyamuk pun menggigitku, inikan melepaskanku seorang diri untuk bermain. Aku ditatang bagai minyak yg penuh.

Aku tidak mempunyai banyak kawan disekolah pada masa itu, mugkin sikapku yg tidak disenangi ramai, aku tidak disukai mereka. Lagipun aku selalu keseorangan, tidak berteman. Bagiku berteman ataupun tidak jawapannya adalah sama sahaja. Aku masih ingat, loceng terakhir tanda sesi pembelajaran sudah berakhir, semasa itu aku cukup marah dengan ejekan rakan-rakan sebelah kelasku. Sekolahku menganjurkan Program Mencintai Alam Sekitar, kami dibenarkan untuk bercucuk tanam di kawasan sekolah. Setiap kelas bebas untuk memilih tanaman yg mereka sukai. Kelasku pada waktu itu bagai dalam sidang parlimen, sebulat suara membuat keputusan menanam pokok lada. kata mereka pokok lada senang ditanam dan dijaga. Aku dengan berat hati menerima keputusan tersebut walaupun tidak setuju. Lagi pun itu semua bukan urusan ku, inikan pulak untuk bercucuk tanam. pasti tidak aku endahkan. Maka bermulalah operasi menanam pokok lada bagi kelas aku pada masa itu.

Selang beberapa bulan kemudian.... (bersambung)


Tuesday, August 25, 2009

Volumes of Nikotin


Salam...

Sudah dua hari aku tidak menulis di blog baruku ini, jangan berundur episod 2 pon xkuar lagi.
Di bulan Ramadhan yg Mulia ini, cukup la malam ketiga aku menjadi penjaga malam, tugas aku mengejutkan semua org supaya bangun bersahur. Terlalu banyak tugasan dan kerja perlu aku siapkan, terlalu banyak, semua perlu dihantar dengan segera. seluruh anggota badanku meminta untuk direhatkan. mcm biasa dengan bekalan nikotin2 dan kopi2 berunsur nikotin, semua yg bernikotin, aku menggagahi menyusur kedinginan malam. berbekalkan keazaman yg tinggi. kata hati : "semua perkara perlu aku setlekan secepat mgkin" diluar sana masih byk tanggujawab yg perlu aku laksanakan. ini jalan yg aku pilih, so, aku tidak pernah menyesal dengan keputusan itu.

Kdg2 aku tersenyum keseorangan... melihat ragam rakan2 serumahku. banyak menghiburkan aku dikala tekanan menekan saraf2 ku. maklum la, kehidupan kami sekelian memerlukan disiplin yg tinggi, disitulah membuat ia len dari yg len. kata mereka aku nie seorang yg pelik, aku pon xpaham ape yg mereka pelikkan.

Dalam mengharungi malam yg penuh sunyi, banyak perkara yg bermain difikiranku...

1. Stady
2. Born to Drill
3. Facilitating & Counseling
4. Uno Fikrah Training Consultant
5. Master Association
6. Program & Xtivities
7. Family
9.Next...
10. Next......

Argh!!!! xlarat aku nak pikirkan, terlalu banyak n terlalu2 banyak.

Stady: Kerja, asgnment, kelas, xciap lagi... da x bleh nak pikir

Born to Drill: kena tolong, sokong, datang merayu2 minta teruskan...

Facilitating & Counselling : Adik2, pendaftaran, training, tapi....... aku bertuah, diorang la manusia yg xpernah mengenal erti penat dan putus asa. Org yg sentiasa berdiri di sebelah aku, aku dapat rasakan semua itu. Aku xmengerti knape mereka boleh tahan denga sikap ku ini. moood x menentu, marah, bengang, mulut leser n semua la.MT tempat aku meleserkan mulut aku yg leser nie. hari2 aku maki.

UnoFikrah: Ape la partner2 aku buat skrg nie??? byk mereka korbankan mase utk semua walau tanpa ketiadaan aku. Aben (bos) aku tau ape yg berlaku kepadanya akhir2 nie. Roe, da mula sibuk ngan stadi. Asz, Masalah keluarga............aRGHHHHH......kita teruskan walau mcm mane pon. (korang semua jangan riso, im still with u all semua lagi).

Aku da xlarat utk berfikir sekarang nie, waktu sudah menjangkau siang....

Doaku: moga ditabahkan ati ini utk semua perkara. diberi kekuatan yg ajaib, diberi kesihatan yg baik......


Saturday, August 22, 2009

Jangan Berundur (episod 1)


Assalamualaikum
Alhamdulillah... sempena Ramadhan x ini
Aku bersyukur kerana setelah lama aku menunggu
akhirnya... baru aku berkesempatan muncul dalam arena ini
Penuh kesyukuran aku panjatkan kepada Allah S.W.T
kerana masih mengurniakan ku nikmat2 yg tidak terkira ini
dan dipertemukan dengan Ramadhan x ini.
Alhamdulillah....

Coretan kali ini bukan satu wardah rentetan sejarah hidupku
tetapi hanyalah sebagai perkongsian pengalaman kepada sahabat2, rakan2 serta adik2 diluar sana supaya menjadi satu titik permulaan kearah sesuatu yg bernama perubahan.

Aku mulakan bicara ini dengan lafaz penuh takzim kepada yg MAHA PENCIPTA, aku tunduk sujud mengagungkanNYA kerana masih lagi memberi kesempatan dan peluang kepada semua insan2 yg tidak pernah kesal dengan kejahilan dalam semua perkara. kerna mereka sedar tentang semua pendustaan walaupun telah diberi peringatan demi peringatan. tetapi sudah bernama manusia, begitu la ragamnya, lebih mengagungkan nafsu berbanding akal dan hati yg dianugerahkan.

Aku dilahirkan disebuah kg didalam sebuah keluarga yg serba kekurangan. nama diberi tanpa perancangan oleh kedua ibubapaku "Mat Radi Awang Senik". cukup ringkas, hanya menggunakan 7 abjad. memang ditakdirkan, itulah nama aku sehingga sekarang. Pernahku berseloroh dengan ayahku "ini tidak adil kerana nama ayahku lebih panjang dari namaku". ayahku hanya memandang dan tersenyum...ble diteliti namaku itu, baru aku sedar disebaliknya terselitnya maksud "mati keredaanku". AWASS!!! aku adalah aku. kata mak, masa kecilku dihabiskan dengan menangis. malam aku berjaga kerana menangis dan siang aku tidur... (pelik). aku anak ketiga, punyai dua orang kakak dan 2 orang adik lelaki dan seorang adik pompuan. (6 semua nya).

Sek Rendah

Dikenali dengan Panggilan "makhluk perosak" oleh kawan2ku disekolah. aku mula melangkah ke alam pembelajaran. disebabkan keadaan keluargaku yg susah pada masa itu, aku tidak dihantar ke tadika untuk mengikuti kelas persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan. bermulalah siri perjalanan hidupku, dalam kelas akulah heronya, berkonsepkan style ayahku dirumah, aku menjejaki langkahnya. pantang dicabar, berundur tidak sama sekali. erm kalo belajar... pasti aku akn berundur walaupon dicabar (kah3x). walaupon sedikit nakal pada masa itu, tidak pernah sekali ayahku membiarkan tangan kasarnya jatuh ke tubuhku, anak lelaki bongsu katakan....manja...(pada masa itu)berbekalkan kenakalanku itu aku menuju ke sekolah, berbekalkan batas sawah padi menjadi laluan rutinku ke sekolah, ayah tidak ada berkemampuan menyediakkan ku basikal seperti kanak2 lain. tidak pernah aku persoalkan. merungut ada la.. hahaha... apa yg selalu ayah katakan..."nanti ayah belikan basikal eh". itulah yang diulang oleh ayah dari aku darjah 1 sehingga ke darjah enam. (bersambung....)

Ramadhan..

The WARRR has BEGUNNNNN...