Monday, November 9, 2009

Back From Teluk Kemang PD


Nie masa on da way balik
Sempat lagi tu wat majlis kat situ
Majlis untuk semua komander yang akan bersara
Taniah untuk mereka semua



Ni paling aku benci naik benda nie, ada ke abg 2 bawa bot laju2 n humban kitorang semua kat tengah laut. pastu dia gelak. hahahaha... enjoy...


Salam
Adoi hitam aku... hangus... terbakar... semua ada lah. Baru balik dari bercuti dari teluk kemang, PD, Negeri 9. Konvoi 5 biji kereta kitorang bergerak heading ke sana... jam 6.30 ptg bertolak ke sana. Bersama dengan family KOMANDER KESATRIA NEGARA. Seronok seh... main sepuas2 nyer... berenang kat tengah laut. Mempraktikkan segala ilmu masa bertugas kat JPA dulu... cara nak menyelamatkan mangsa lemas kat tengah laut. Dari pagi sampai tengahari dok berenang, mcm mane xhangus nyer... hahahahahaha...

Thursday, November 5, 2009

Khutbah Jumaat


Salam
Pembelajaran hari ini cukup mengimbas sedikit memoriku
Bersiap ke Solat Jumaat pada pkol 1.00 pm.

Masjid nyer sebelah nie je. taman sebelah Kolej Puncak Perdana.

Tengah asyik memanaskan engine superbike aku (hahahaha)

Ternampak Epol memberku, ajak dia naik sekali ngan aku

Rempit ke masjid (alhamdulillah)


Sampai je kat masjid tu, Khatib baru mula baca khutbah

So masuk la aku ke dalam

Selesai solat sunat tahiyyatul masjid

Aku pon duduk ternganga dengar khatib baca khutbah

Tajuk aku xpasti tapi dia citer pasal ilmu.
Berkerut dahi aku pikir, sambil panjatkan kesyukuran kat Allah.

Xsangka bidang aku ambik sekarang nie mang betol2 blajar pasar ilmu
IS 771 (Knowledge Management)

Aku tertarik dgn khutbah tu sangat
sebabnyer aku teringat meeting last ngan adik2 aku
tempoh ari sebelum raya hari tu


Ape yg khatib tu cakap, mcm tu la aku nak citer kat adik2 aku sebenarnya
masa pertemuan tu supaya mereka faham ape yang aku cuba aplikasikan.

tapi xjugak diorang faham... xpaham atau wat xpaham aku xtau la.
Kata khatib tu, bukan kate aku....hehehehe
Sebenarnya banyak kaedah untuk memeperolehi ilmu nie.

Dgn cara melihat, mendengar, memerhati, belajar dari guru, analisa dan banyak lagi
tetapi Ape yang aku mahu berkongdi disini adalah...
Semua kaedah diatas induknya adalah MEMBACA.

kena ingat tu ye adik2
70% adalah membaca yer dan 30% adalah dengan kaedah yang lain. ini ditegaskan dengan kajian dan surah pertama diturunkan kepada kita yang berbunyi "Bacalah!" Sebab tu msa pertemuan tu aku persoalkan.. kalau kita nak bercakap, berapa banyak buku yang dah kita baca? apa yg kita dah tau. Bukan nak berlagak tetapi itu telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya. Juga mengingatkan diri aku terutama sekali dan kita semua supaya memperbanyakkan membaca. Itulah yang aku cube fahamkan kat adik2 aku semua.

Bukan untuk mengatakan aku nie betol tetapi itu adalah dari ALLAH SWT.
sesuatu yang dilakukan akan lebih memberi keburukan dari kebaikan jika ia dilakukan tanpa ilmu Xpe kalo tidak bersetuju dengan segala tindakan ku. Tetapi aku bertindak diatas sesuatu yang betul... Trainer aku pernah kata "Professional itu akan hilang bila dihalangi dengan Emosi" aku pegang tu tetapi..... mcm mane aku x terdiam ble org bercakap tu pon xwat ape yang dia cakapkan. (hahahahaha)

tapi xpe, hari nie satu pembelajaran aku dapat.... maklumlah kena banyak belajar lagi... nak becakap kena berilmu (Kata trainer aku) Aku pegang sampai hari nie.

Orait, petang nie menuju ke Negeri 9.... kena tengok komander kat cna...Chow!!!

Wednesday, November 4, 2009

Best nie



sekarang nie tengah berusaha menghabiskan buku nie
Buat analisis cket pasal kehidupan Junjungan kita
Boleh la ikut nati
xpe, kalau rase diri kita xbagus

Ada niat utk berubah
2 dah ada pahala

Go! radi go!

Gambate!!!!!!

Berakhir semester Pertama

Alhamdulillah
hari ini adalah last presentation untuk semester nie
rasa mcm mimpi
tersangat cepat
tapi sedikit risau coz performance utk sem nie sedikit xbagus
tapi xpe, semua dah diusahakan
yang penting sekarang bertawakkal
Erm tunggu ler result plak...
Hope semua ok n berjalan dengan lancar
amin....

Esok jom g joging kat tasik shah alam...
hehehehehehe

Wednesday, October 21, 2009

Penat seh tapi Puassssss.........

Hari nie 2 jam je tido
Esok ada test plak
huhuhhuhuhu
Penat nyer... tapi best....

Kalo la aku xperlu keja
Nak blajar je kalau bleh...
Hari nie baru hantar satu final projek
Mcm xpercaya, 2 hari aku wat benda 2 sorang je
Kerja grup tapi aku nie baik cket...hahahaha
bagi aku wat semua.
Yang penting aku puas...

Lepas maghrib tadi keluar makan ngan adik2 (fuza, fairus, liza, mai, fira) aku penat giler kalo kira.. tapi kena jugak ada masa untuk diorang.
Kalau bleh sekarang nie, nak je aku terperap ngan keja n buku aku kat bilik nie. enjoy beb....
Xnak tengok dunia luar tu.. kejam... hehehehe
Sambil tu layan citer korea n jepon.

minggu depan..
Konvo untuk second time (Alhamdulillah)
Alahai cepat nyer masa berlalu...
Erm... tapi aku xtau ape yang da aku buat kat dunia nie.
Mcm xda wat pe2 je. Astaqfirullah....

setakat nie je untuk hari nie
Sedih sikit coz barcelona kalah semalam.huhuhuhu

Friday, October 16, 2009

Transformation@Transfering?

Adoi... kepala pening sehari dua nie, kerja tersangat banyak. Kekadang terpikir, mcm mana nak settlekan kerja yang banyak nie dalm masa yang singkat? kalau la ia semudah itu, alangkah indahnya hidup ini. Hari ini kehidupan seperti biasa, tiada ape yang berubah melainkan rasa syukur kepadaNYA yang masih lagi memberi segala nikmat iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. 2 hari yang lepas aku menerima panggilan dari CELCOM, ditawarkan post sebagai Programmer di tempat mereka. Masih memikirkan peluang yang datang, peluang yang datang itu difikir mendalam. 13 Oktober 2009 aku diberi peluang sebegini, sama dengan hari aku mula melihat dunia ini 13 Oktober 1985. Adakah ini tampok kepada permulaan karierku yang serius..??? Susahnya membuat keputusan...

Esok 2 test akan aku tempohi, fikiran masih kosong, buku hanya dipandang, 2 hari aku tidak menyentuh teman2ku itu. Aku mula merasakan ada sesuatu yang bermain dalam diriku, Astaqfirullah... ("Ya Allah... Jangan la sesekali engkau merubah diri ke arah keburukan dan kelalaian, jadikanlah aku diantara manusia yang bersyukur kepada mu.) Hati memohon kepadaNYA, jika diri ini ENGKAU telah letakkannya diatas jalan yang baik, jangan sesekali engkau membawaku kembali kepada jalan (buruk) yang pernah aku lalui seketika dahulu. Aku sujud kepada MU...

Aku tidak pernah terpikir untuk berada ditahap ini pada hari ini, dia seorang yg ... dia seorang yang... dia seorang yang ... hari ini aku berdiri diatas segala usaha yang telah kubina. Setapak demi setapak, hari ini aku disini (Masters of Knowledge Management) Ya Allah, janganlah engkau biarkan aku tergolong dalam golongan mereka yang rugi. ENGKAU jadikan aku dari golongan mereka yang menghargai peluang dan rezki yang engkau telah kurniakan kepada hambamu.

Aku tersenyum seketika, memikirkan aku yg satu masa dahulu. Aku lebih selesa berseorangan, kerna ketulusan dan keikhlasan yang pernah aku berikan pernah disiakan... TRUST? BELIEF? semua itu mengarut bagiku. Hari ini aku sekali lagi... sekali lagi disiakan, cukup la itu sebagai kesimpulan untuk diriku yang aku lebih suka keseorangan. tetapi aku tidak pernah menafikan lumrah tuhan kita dicipta berteman... tidak sama sekali.

Kenapa sangat susah bagiku, bukan kemewahan yang aku pinta dari teman2, malah aku sanggup korbankan apa jua yang aku ada, untukmu teman. Aku hanya inginkan SAHABAT2 yang sentiasa berada bersama ku tatkala aku keseorangan. hanya itu, hanya itu SAHABAT2 sekelian... hanya itu...aku tidak meminta lebih dari itu. Tetapi engkau hanya pandai berkata2, berdiskusi indah mengenai UKHUWWAH tetapi tidak pernah mengertikannya. Maaf... aku tidak panadai berkata2, aku hanyalah pandai mengeksresikan perasaan sayang itu dalam segala tindakanku. aku tidak pandai berkata2, aku tidak pandai segala2 nyer.

Hari ini nyata aku keseorangan... keputusan yang aku buat satu ketika dulu, meluangkan masa untukmu selama setahun setengah ini (Masters) akan ku pinda menjadi misi untuk memenuhi sistem hidup yang terlalu kejam ini. Apapun aku hulurkan jutaan terima kasih kerna meletakkan diriku dalam keaadaan sekarang, tidak aku lupakan..

TETAPI... sedar tidak sedar... aku masih mengelamun memikirkannya. Ada antara mereka yang tersedar dengak ekpresi tindakan aku itu. Kekadang terpikir, mereka masih terlalu MUDA untuk berfikir seperti itu. Mungkin kekerapan bertemu diatas kerja Berjemaah mereka mula matang untuk berfikir mencari sesuatu. Mereka mula memecahkan dinding kebekuan dihatiku ini. Mereka temankan aku dikala aku termenung memikirkan sesuatu, mnyelimutkan aku tatkala aku tidur dilanda kesejukan malam. Membalut lukaku dikala aku tersungkur rebah. Aku tersenyum...

Semakin tinggi aku menjelajahi ilmu Allah ini, aku terasa seperti aku tiada sesuatu untuk dikongsi dengan semua. Astaqfirullah... aku tunduk kepada MU, betapa luasnyanya ilmu mu ya Allah... Aku berdoa, semoga ilmu yang ditimba ini, akan mendekatkan diriku ini kepadaNYA, Tunduk dan tunduklah wahai MAT RADI AWANG SENIK... Jangan sesekali engkau banggakan dirimu... jangan sesekali engkau mengangkat mukamu walaupun sesaat. (amin)

Sunday, October 4, 2009

Setelah 2 tahun (Mendiam diri)







Salam..
Aduh sakit urat saraf aku
setelah hampir dua tahun x pergi camping
Alhamdulillah masih lagi diberi berkesempatan.

Mang mcm biasalah kemana aku pegi
Mang muka aku nie, muka CC/Biro disiplin
Keja maki2 tu kerja aku la
Yg aku xsuka ngan position nie, muka aku asyik kena masam je
Nak ngorat pelatih pon xbleh, erti katanya xbleh nak menggatal.
Coz semua xbrani nak tegur. hahaha

Erm tapi kena ingat selalu kena betulkan niat
Marah bukan utk suka2 tapi untuk mendidik
Bukan mudah nak pengang benda2 mcm nie
Nak kena wat recall, nak kena tegas, order c2, order cnie
Mang kat belakang kena kutuk abis2 la.

Tapi selagi aku kat UiTM nie, aku akan cuba sumbangkan apa yang termampu
Walau dikutuk atau dimaki, itu semua aku tidak perduli
Yang paling penting niat kita untuk mendidik serta menyedarkan bangsa sendiri.
Untuk yang lebih penting.

Kali nie camping dekat Hutan Rimba Komanwel, Rawang.
Meremang jugak bulu roma aku kat cna tambah2 time sentry tu.
Mcm biasa la jaga orang tido...
Penat seh xtido satu malam tapi xpe niat kita betul, alhamdulillah semua selamat.


Sekurang2 nyer 3/4 haribulan 9 2009 aku dapat tambah lagi sedikit pengalaman yg ada
Aku nie xsuka buang masa n tenaga
Kalo aku g mane2 aku kena make sure aku mesti blajar something.
Supaya nati aku bleh kongsi ngan orang len plak.

Kepada semua komander2 aku yang aku sayangi tu.
Penat n kena marah tu biasa la.
Mang skop keja kita mcm nie.
Kita bagi nasi kat org, tapi penampar yang dibalas. hahahahaha...
maksudnyer kita jaga n ajar pelatih semua, tapi kita yang kena maki nati.

Tapi kalau kita pikir btol2 mulianya tugas kita nie yer... kalo korang kena marah kat aku tu hehehehe... kena paham2 la (kah3x)
kepala xbtol masa tu.

Tapi paling sedih
last kumpul nak balik
aku xsempat la nak minta maaf kat diorang
arap2 diorang maafkan aku
Pengarah program la
Xpanggil aku berucap cket.. (nak kena budak nie)
Harap2 diorang maafkan aku..
Chow!