Sunday, March 21, 2010

You see... The answer over there

Salam pembuka coretan
Hanya sekadar renungan
buat saudara generasi harapan
Hanya sekadar perkongsian
Bukan menimbul keresahan
Tatkala isu pertelingkahan
Bukan mengeruh keadaan
jauh sekali untuk keburukan
sekadar renungan dan jawapan
kepada segala persoalan
You see... the answer overthere... tajuk bingkisan


Masih lagi dianugerahkan nikmat yang besar. Dikuatkan jari jemari untuk aku coretkan, sekadar perkongsian pendapat atau sebagai renungan untuk tatapan dihari kemudian.

Coretan kali ini sekadar sebuah konklusi kepada hasil sedikit pembacaan daripada sebuah buku, tulisan Fathi Yakan yang bertajuk "Apa ertinya Saya Menganut Islam". Sebuah tulisan yang hebat, telus dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesiapa yang membacanya. Diri ini tidak sehebat Hang Tuah dalam ilmu pembelaan diri, jauh lagi sehebat karyawan-karyawan, tinggi, inikan pula sehebat pahlawan islam sejati. Tetapi apa yang ingin dipertengahkan disini adalah, dimanakah letaknya "Hebat" seseorang manusia itu, dalam kehidupan yang tidak pasti ini.

Didalam tulisan tersebut, sedikit perkongsian yang boleh aku pertengahkan disini adalah mengenai "nama". Apa ada pada nama? sebelum kepada perkongsian mengenai "Hebat" sebagaimana dinyatakan diatas. Didalam tulisan Fathi Yakan, ada menyebut "Tidak semestinya orang yang bernama james itu seorang kristian dan tidak semestinya orang yang bernama Ahmad itu adalah Islam". Mata memandang kearah sesuatu, menandakan akal berfikir untuk merungkai maksud yang tersirat dari kenyataan tersebut. Aku tersenyum, menandakan satu pemahaman telah dicapai, maka disusun disini sebagi perkongsian dari apa yang difahami dan diperhatiakan.

Islam itu bukan pada nama tetapi terletak diatas iman kepada Allah swt, bukan diwarisi atau dibeli. Jangan sesekali kita meletakkan islam itu pada nama, salah untuk kita meletakkan bahawa orang yang bernama Ahmad itu adalah seseorang islam, dan jangan sesekali kita menyimpulkan sesiapa yang bernama james itu adalah seorang kristian kerana islam itu bukan pada nama semata-mata. Orang yang bernama james lebih mulia disisi Allah jika MATLAMAT hidupnya adalah mengabdikan diri kepada Allah swt. Dalam kontek tersebut, kita dapat memahami bahawa matlamat itu lebih penting berbanding dengan nama. Apa ada dengan nama???


Disini jelas apa yang boleh kita kongsikan adalah, Matlamat yang hendak dicapai itu lebih penting berbanding Nama yang dikenali. Nama yang dikenali adalah merupakan sesuatu yang penting, tidak pernah disangkal akan kebenarannya disini, tetapi timbang taranya adalah yang mane patut didahulukan diantara Nama dan Matlamat? jawapannya adalah MATLAMAT itu yang perlu diutamakan dahulu. Saya tekankan disini, ini hanyalah pandangan akal yang lemah, tidak salah untuk sesiapa menyatakan nama lebih penting dari matlamat tetapi perlulah seimbang dengan akal dan hati yang menyatakan akan kebenarannya. Usah ditegakkan benang yang basah @ berkatalah benar walau iapun pahit. Inikan pula berkaitan dengan survival @ hidup @ mati, maka perlulah kita memikirkan dengan mendalam dan lebih teliti. Lemahnya kita apabila kita meletakkan emosi untuk memutuskan jawapannya.

Seterusnya, aku teruskan dengan "Hebat"... di mana hebatnya manusia itu?? pada pandangan hasil dari pembacaanku, boleh aku simpulkan bahawa hebatnya manusia itu terletak diatas ILMU yang dimiliki. Walaupun pencapaian akademik menjadi pengukur kepada tingginya ilmu seseorang itu tetapi bagi aku, kenyataan yang boleh aku katakan adalah tidak semuanya begitu. Ilmu yang dimiliki perlulah diamal dan diaplikasikan didalam kehidupan kita. bagiku tidak berilmu seseorang itu sehingga ia tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Walau tinggi mana pencapaian akademiknya tetapi disegi pengamal ilmu itu sendiri, apabila gagal diaplikasikan, bagiku ianya hanyalah sia-sia,

Kita bawa kepada perbincangan yang lebih teliti dan mendalam. Terutamanya dalam kontek kepimpinan. seseorang pemimpin itu semesti adalah orang yang berilmu. Pada pendapatku, untuk menjadi seseorang pemimpin yang baik hendaklah diadunkan dengan "VISIONARY". seseorang pemimpin perlulah seseorang yang berilmu dan visionary ataupun memandang jauh kehadapan. ini adalah sangat penting untuk membuat perancangan yang strategik kearah mencapai matlamat atau objektif kepada semua orang yang dipimpinnya. Semua pengikut perlulah mematuhi dan mentaati pemimpin itu sendiri, berdosa seseorang itu jika mengingkari dan membelot pemimpinnya sendiri. Didalam islam, kita wajib mentaati pemimpin dikalangan kita selagi dia@pemimpin itu tidak melanggar syariat islam. Sehinggakan walaupun keputusan yang diambil itu ternyata salah, tetapi kesannya hendaklah dirasai oleh semua pemimpin dan kelompok yang dipimpinnya.

Apa yang berlaku hari ini adalah jawapan kepada semua persoalan dan perlu kita muhasabah dan memikirkannya. Apa yang dirancang pada hari ini adalah semua perkara yang telah dirancang sebelumnya demi survival kita bersama. tetapi disangkal dan ditolak habis-habisan ekoran masalah peribadi dan emosi kita sendiri. Bukan menyalahkan apa yang berlaku, tetapi hendaklah kita bermuhasabah supaya ia tidak lagi berlaku. Jangan lah kita mementingkan diri sendiri lantaran ego kita yang tinggi dan akhir sekali kita yang rugi. Gunakanlah kelebihan yang diberiNYA kearah kebaikan yang pasti, Janganlah kita menggunakannya kearah kepentingan kita sendiri. Tidak usahlah kita mengejar mimpi jika kita tidak pernah bersyukur apa yang kita telah miliki... sangan rugi dan ternyata merugikan diri...

Sekadar renungan
Nurkilan ROYZ10









Friday, March 19, 2010

Lebih baik bersendiri

Salam pembuka catatan
Diari harian seorang insan
Hanya sekadar perkongsian
untuk tatapan dihari kemudian

Adaptasi dari sebuah warkah Datin Paduka Sharifah Mazlina, di dalam bukunya: Jangan takut kepada cabaran tetapi takut lah dengan kegagalan.

Didalam buku beliau menyebut:
"Lebih baik bersendirian, daripada berada dalam kumpulan yang salah"

Kita sentiasa mendengar... berkawan biarlah seribu tetapi berkasih biarlah seorang. catatan hari ini mengukur kepada "berkawan biar seribu". Pada pendapat diri kali ini, kenyataan ini tidak boleh diguna dan diaplikasi sama sekali. Jauh disudut hati ini, apa yang boleh disimpulkan disini, ia berpaksikan kepada kuantiti bukanlah kualiti. Bukan menyangkal kepada kebenaran pepatah tersebut, hanyalah pandangan akal yang tidak berdaya ini, perungkaian kepada makna tersirat ternyata jauh sama sekali untuk akal mencapai tahap tersebut, masih lagi memerlukan kepada intelektual yang tinggi untuk mencari jawapannya.

Tetapi pendapat atau pandangan diri ini masih lagi menongkah kepada kualiti dan bukan kuantiti semata-mata dalam berkawan atau bersahat ini. Apa ertinya mempunyai kawan yang beribu tetapi ternyata munafik dalam pembinaan hubungan yang telus dalam berkawan. Lebih baik mempunyai seorang kawan tetapi mampu membawa kita kepada syurga firdausi Allah SWT yang diimpi itu.

Adaptasi dari buku Datin paduka Sharifah Mazlina diatas itu, salah satu kepada penyokong pendapat akal ini. Lebih baik kita bersendirian daripada berada didalam kumpulan yang ramai yang kononnya berkawan, memenuhi lumrah hidup dan diatas tujuan bersosial semata-mata , nyata itu salah sama sekali. Memang lumrah manusia mahukan teman dan kawan. Salah sama sekali untuk kita melawan lumrah alam manusia mahu berteman, tetapi apa yang mahu dikongsi dan diberi penekanan disini adalah mengenai kuantiti dan kualiti kepada angka atau jumlah rakan atau sahabat yang kita miliki. Tidak ada maknanya disini untuk kita memiliki kawan yang berjuta tetapi diperingkat taaruf kita gagal untuk memenuhinya. Inikan pula kepada peringkat tafahum dan peringkat tafakul dalam membina hubungan yang baik. Alangkah indahnya hidup ini, jika kita berkawan berjuta dan kesemuannya mampu keperingkat tafakul.

Oleh itu, nyata dan jelas disini untuk kita sama-sama fikir dan kita renungi coretan ringkas ini supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan. berkawan bukan untuk dunia sahaja atau untuk hari ini tetapi berkawanlah sehingga ajal dan mati menemui jasad diri. Masa dalam berkawan itu bukan pengukur dalam hubungan bersahabat itu, tetapi keikhlasan adalah pengukur yang pasti membawa kepada sesuatu yang kekal abadi sehingga mati. Keikhlasan itu hanga berada didalam sekeping daging kecil yang kita kenalinya dengan hati. Ia sesuatu yang virtual untuk dirungkai disini. Kita harus sedar bahawa setiap keputusan itu sebenarnya dari hati, tetpi hakimnya adalah akal dan emosi. disitu letaknya perbedaan diantara keputusan yang kita hendaki.

Rakan-rakan sekelian...

Sedarilah bahawa lebih baik kita bersendiri daripada berada didalam kumpulan yang salah. Berdoalah... berdoalah sehingga doa kita dimakbulkan. jangan sesekali putus harapan, berdoalah dan terus berdoa. Setiap langkah kita mulai, mulakan dengan berdoa sebagai pembuka hari kita. andai ujian yang akan kita harungi, insyaallah kita akn tenang dalam mengharunginya. Andai kezaliman merentasi diri, jangan sesekali merungut, teruskan berdoa, kerana kenyakinan kepada Allah itu adalah iman didalam hati. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan darinya supaya kita akan terus menimba dan terus menimba pengalaman untuk secebis ilmu anugerah illahi ini.

Semoga dengan coretan ringkas ini, mampu mencetus ledakan kecil didalam diri ini untuk kita sama - sama menerokai kebenaran yang hakiki. Bangkitlah... bangkitlah mencari dimana diri kita sebenarnya. jangan kita tangisi diatas pemergiannya, malah kita syukuri... konsep yang senang untuk kita amalkan dalam kehidupan hari ini. Sekadar berkongsi. BINNAJAH!!!

Nurkilan ROYZ 10




Saturday, March 13, 2010

Banyak Cakap Plak

Salam

for today... firstly skali lagi aku melanggar janji aku pada diriku.
Walau dah banyak kali aku berjanji... masih lagi sama
Ya Allah...
ape pon, aku teruskan sehgga berjaya..
susah nak ubah peragai kita nie
tambah2 perangai yang xbaik.huhuhuhu

"Jangan cakap banyak la Radi... xserik2 lagi kew??"

itulah janji pada diriku... xnak banyak sangat bercakap
pegang konsep bercakap masa perlu jew... tu pon susah...
Banyak benda kita akan dapat hasil dari kurangkan bercakap nie

Dapat kurangkan dosa mengumpat
citer keburukan orang lain
citer benda yang tak berfaedah
Citer sana, citer sini... huh!!!
Dah2 la tu....
Bukan susah, cakap masa perlu jew..

banyakan ingin tahu, supaya boleh tambah ilmu...
itu dah cukup, kalo ada orang tanya atau minta kongsi sesuatu, baru kita cakap...
guna mulut tu untuk kebaikan sikit... ni ntah ape2 jew merapunya

Minta maap yew kat adik2 semua...banyak membebel plak... bajet bagus
padahal diri pon xbetul lagi... minta maap...
cuma bila memperingati org lain nie, maka kita memperingati diri kita.
Satu lagi kalo benda yang kita wat tu baik... teruskan jew
jangan nak dengar org len cakap
pedulikan apa orang cakap... tapi ingat jangan syok2 sorang2 plak..

whatever pon ari nie penat sikit... g keja tadi... badan asyik demam jew
tapi terubat coz jumpe someone special... hahaha
risau la jugak...huhuhuhu...
stadi pon xsabar la nak abis... nak masuk zaman lain plak...
alam pekerjaan....

Go radi go!!!!

Monday, March 8, 2010

Pandangan Manusia

Insan yang mana tak terguris tatkala diri dipermain seperti boneka
Hatinya bila dihina, dicemuh kerana jasa
Bila disembur dengan kata berbisa
Aduh! Pedihnya memang sukar digambar dengan kata2

Katakan apa salahku, apa silapku, apa dosaku
Hingga begini ku diperlaku, dihina diatas segala yang berlaku
Tunjukkan mana silapku, andai sempurna milik mu?
Jangan hanya pandai mencemuh, mencela andai hari ini milik mu
kata hati atau hanya sekadar katamu

Hina, hina, hina menghina... teruskan menghina
Apakah engkau sempurna... terlalu sempurna?
Kau dan aku apa bezanya??? ambik semuanya
aku tidak perlu semuanya... hanya mahu kata2 mu sahaja
kata2 yang kononya terlalu sempurna.
Hina, hina, hina menghina dan teruskan lah...

Apakah engkau bahagia?? teruskan menghina
Melihat aku merana... dan kamu bahagia? teruskan menghina

Insan yang mana akan berdiam diri
Uh! Bila dicaci, dikeji dan dihina
Bila disembur dengan kata dan maki, dipermain begini
Pedih sekali, hanya mampu menadah tangan kepada illahi

"" YA ALLAH, ANDAI MEREKA MENGHINA DIRI INI SECARA TERANG ATAU SEMBUNYI, AKU SUJUD KEPADA MU, MENADAH TANGAN SETINGGI2 LANGITMU, TUNJUKKAN MEREKA JALAN YANG SEBENAR, DIRI INI DIZALIMI, TUNJUKKAN MEREKA KEKUASAANMU, AGAR MEREKA SEDAR DARI TERLALAI." AMIN... AMIN... AMIN

Katakan apa salahku DIATAS APA BERLAKU
hanya mahu membuat terbaik...mewakili dirimu...
Apa salahku? tunjukkan aku... andai aku menzalimi dirimu
Maaf untuk dirimu...hanya sekadar itu aku mampu
mampu meneruskan perjuangan mu
Engkau hadir, marah, membetulkan keadaan yg berlaku
tanpa menyelidiki terlebih dahulu...
aku redha... bukan silap mu.. silap ku??

Mana kata2 mu dulu...
nyata buta untuk menilai diriku
ego diatasku atau diatas mu?
bukan itu persoalan diriku...
hanya berfikir, membawa ke hatiku
muhasabah terlebih dahulu....

Sekarang engkau mampu..
hina, menghina dan terus menghina
pada hakikatnya engkau tidak mampu
hanya menutupi kebenaran yang nyata padamu
teruskan dan teruskan..
jangan berhenti... andai memakan diri
tanggung la dengan hati sendiri.

Nurkilan mawardi 10 - ROYZ