Salam pembuka catatan
Diari harian seorang insan
Hanya sekadar perkongsian
untuk tatapan dihari kemudian
Adaptasi dari sebuah warkah Datin Paduka Sharifah Mazlina, di dalam bukunya: Jangan takut kepada cabaran tetapi takut lah dengan kegagalan.
Didalam buku beliau menyebut:
"Lebih baik bersendirian, daripada berada dalam kumpulan yang salah"
Kita sentiasa mendengar... berkawan biarlah seribu tetapi berkasih biarlah seorang. catatan hari ini mengukur kepada "berkawan biar seribu". Pada pendapat diri kali ini, kenyataan ini tidak boleh diguna dan diaplikasi sama sekali. Jauh disudut hati ini, apa yang boleh disimpulkan disini, ia berpaksikan kepada kuantiti bukanlah kualiti. Bukan menyangkal kepada kebenaran pepatah tersebut, hanyalah pandangan akal yang tidak berdaya ini, perungkaian kepada makna tersirat ternyata jauh sama sekali untuk akal mencapai tahap tersebut, masih lagi memerlukan kepada intelektual yang tinggi untuk mencari jawapannya.
Tetapi pendapat atau pandangan diri ini masih lagi menongkah kepada kualiti dan bukan kuantiti semata-mata dalam berkawan atau bersahat ini. Apa ertinya mempunyai kawan yang beribu tetapi ternyata munafik dalam pembinaan hubungan yang telus dalam berkawan. Lebih baik mempunyai seorang kawan tetapi mampu membawa kita kepada syurga firdausi Allah SWT yang diimpi itu.
Adaptasi dari buku Datin paduka Sharifah Mazlina diatas itu, salah satu kepada penyokong pendapat akal ini. Lebih baik kita bersendirian daripada berada didalam kumpulan yang ramai yang kononnya berkawan, memenuhi lumrah hidup dan diatas tujuan bersosial semata-mata , nyata itu salah sama sekali. Memang lumrah manusia mahukan teman dan kawan. Salah sama sekali untuk kita melawan lumrah alam manusia mahu berteman, tetapi apa yang mahu dikongsi dan diberi penekanan disini adalah mengenai kuantiti dan kualiti kepada angka atau jumlah rakan atau sahabat yang kita miliki. Tidak ada maknanya disini untuk kita memiliki kawan yang berjuta tetapi diperingkat taaruf kita gagal untuk memenuhinya. Inikan pula kepada peringkat tafahum dan peringkat tafakul dalam membina hubungan yang baik. Alangkah indahnya hidup ini, jika kita berkawan berjuta dan kesemuannya mampu keperingkat tafakul.
Oleh itu, nyata dan jelas disini untuk kita sama-sama fikir dan kita renungi coretan ringkas ini supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan. berkawan bukan untuk dunia sahaja atau untuk hari ini tetapi berkawanlah sehingga ajal dan mati menemui jasad diri. Masa dalam berkawan itu bukan pengukur dalam hubungan bersahabat itu, tetapi keikhlasan adalah pengukur yang pasti membawa kepada sesuatu yang kekal abadi sehingga mati. Keikhlasan itu hanga berada didalam sekeping daging kecil yang kita kenalinya dengan hati. Ia sesuatu yang virtual untuk dirungkai disini. Kita harus sedar bahawa setiap keputusan itu sebenarnya dari hati, tetpi hakimnya adalah akal dan emosi. disitu letaknya perbedaan diantara keputusan yang kita hendaki.
Rakan-rakan sekelian...
Sedarilah bahawa lebih baik kita bersendiri daripada berada didalam kumpulan yang salah. Berdoalah... berdoalah sehingga doa kita dimakbulkan. jangan sesekali putus harapan, berdoalah dan terus berdoa. Setiap langkah kita mulai, mulakan dengan berdoa sebagai pembuka hari kita. andai ujian yang akan kita harungi, insyaallah kita akn tenang dalam mengharunginya. Andai kezaliman merentasi diri, jangan sesekali merungut, teruskan berdoa, kerana kenyakinan kepada Allah itu adalah iman didalam hati. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ketentuan darinya supaya kita akan terus menimba dan terus menimba pengalaman untuk secebis ilmu anugerah illahi ini.
Semoga dengan coretan ringkas ini, mampu mencetus ledakan kecil didalam diri ini untuk kita sama - sama menerokai kebenaran yang hakiki. Bangkitlah... bangkitlah mencari dimana diri kita sebenarnya. jangan kita tangisi diatas pemergiannya, malah kita syukuri... konsep yang senang untuk kita amalkan dalam kehidupan hari ini. Sekadar berkongsi. BINNAJAH!!!
Nurkilan ROYZ 10