Wednesday, October 21, 2009

Penat seh tapi Puassssss.........

Hari nie 2 jam je tido
Esok ada test plak
huhuhhuhuhu
Penat nyer... tapi best....

Kalo la aku xperlu keja
Nak blajar je kalau bleh...
Hari nie baru hantar satu final projek
Mcm xpercaya, 2 hari aku wat benda 2 sorang je
Kerja grup tapi aku nie baik cket...hahahaha
bagi aku wat semua.
Yang penting aku puas...

Lepas maghrib tadi keluar makan ngan adik2 (fuza, fairus, liza, mai, fira) aku penat giler kalo kira.. tapi kena jugak ada masa untuk diorang.
Kalau bleh sekarang nie, nak je aku terperap ngan keja n buku aku kat bilik nie. enjoy beb....
Xnak tengok dunia luar tu.. kejam... hehehehe
Sambil tu layan citer korea n jepon.

minggu depan..
Konvo untuk second time (Alhamdulillah)
Alahai cepat nyer masa berlalu...
Erm... tapi aku xtau ape yang da aku buat kat dunia nie.
Mcm xda wat pe2 je. Astaqfirullah....

setakat nie je untuk hari nie
Sedih sikit coz barcelona kalah semalam.huhuhuhu

Friday, October 16, 2009

Transformation@Transfering?

Adoi... kepala pening sehari dua nie, kerja tersangat banyak. Kekadang terpikir, mcm mana nak settlekan kerja yang banyak nie dalm masa yang singkat? kalau la ia semudah itu, alangkah indahnya hidup ini. Hari ini kehidupan seperti biasa, tiada ape yang berubah melainkan rasa syukur kepadaNYA yang masih lagi memberi segala nikmat iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. 2 hari yang lepas aku menerima panggilan dari CELCOM, ditawarkan post sebagai Programmer di tempat mereka. Masih memikirkan peluang yang datang, peluang yang datang itu difikir mendalam. 13 Oktober 2009 aku diberi peluang sebegini, sama dengan hari aku mula melihat dunia ini 13 Oktober 1985. Adakah ini tampok kepada permulaan karierku yang serius..??? Susahnya membuat keputusan...

Esok 2 test akan aku tempohi, fikiran masih kosong, buku hanya dipandang, 2 hari aku tidak menyentuh teman2ku itu. Aku mula merasakan ada sesuatu yang bermain dalam diriku, Astaqfirullah... ("Ya Allah... Jangan la sesekali engkau merubah diri ke arah keburukan dan kelalaian, jadikanlah aku diantara manusia yang bersyukur kepada mu.) Hati memohon kepadaNYA, jika diri ini ENGKAU telah letakkannya diatas jalan yang baik, jangan sesekali engkau membawaku kembali kepada jalan (buruk) yang pernah aku lalui seketika dahulu. Aku sujud kepada MU...

Aku tidak pernah terpikir untuk berada ditahap ini pada hari ini, dia seorang yg ... dia seorang yang... dia seorang yang ... hari ini aku berdiri diatas segala usaha yang telah kubina. Setapak demi setapak, hari ini aku disini (Masters of Knowledge Management) Ya Allah, janganlah engkau biarkan aku tergolong dalam golongan mereka yang rugi. ENGKAU jadikan aku dari golongan mereka yang menghargai peluang dan rezki yang engkau telah kurniakan kepada hambamu.

Aku tersenyum seketika, memikirkan aku yg satu masa dahulu. Aku lebih selesa berseorangan, kerna ketulusan dan keikhlasan yang pernah aku berikan pernah disiakan... TRUST? BELIEF? semua itu mengarut bagiku. Hari ini aku sekali lagi... sekali lagi disiakan, cukup la itu sebagai kesimpulan untuk diriku yang aku lebih suka keseorangan. tetapi aku tidak pernah menafikan lumrah tuhan kita dicipta berteman... tidak sama sekali.

Kenapa sangat susah bagiku, bukan kemewahan yang aku pinta dari teman2, malah aku sanggup korbankan apa jua yang aku ada, untukmu teman. Aku hanya inginkan SAHABAT2 yang sentiasa berada bersama ku tatkala aku keseorangan. hanya itu, hanya itu SAHABAT2 sekelian... hanya itu...aku tidak meminta lebih dari itu. Tetapi engkau hanya pandai berkata2, berdiskusi indah mengenai UKHUWWAH tetapi tidak pernah mengertikannya. Maaf... aku tidak panadai berkata2, aku hanyalah pandai mengeksresikan perasaan sayang itu dalam segala tindakanku. aku tidak pandai berkata2, aku tidak pandai segala2 nyer.

Hari ini nyata aku keseorangan... keputusan yang aku buat satu ketika dulu, meluangkan masa untukmu selama setahun setengah ini (Masters) akan ku pinda menjadi misi untuk memenuhi sistem hidup yang terlalu kejam ini. Apapun aku hulurkan jutaan terima kasih kerna meletakkan diriku dalam keaadaan sekarang, tidak aku lupakan..

TETAPI... sedar tidak sedar... aku masih mengelamun memikirkannya. Ada antara mereka yang tersedar dengak ekpresi tindakan aku itu. Kekadang terpikir, mereka masih terlalu MUDA untuk berfikir seperti itu. Mungkin kekerapan bertemu diatas kerja Berjemaah mereka mula matang untuk berfikir mencari sesuatu. Mereka mula memecahkan dinding kebekuan dihatiku ini. Mereka temankan aku dikala aku termenung memikirkan sesuatu, mnyelimutkan aku tatkala aku tidur dilanda kesejukan malam. Membalut lukaku dikala aku tersungkur rebah. Aku tersenyum...

Semakin tinggi aku menjelajahi ilmu Allah ini, aku terasa seperti aku tiada sesuatu untuk dikongsi dengan semua. Astaqfirullah... aku tunduk kepada MU, betapa luasnyanya ilmu mu ya Allah... Aku berdoa, semoga ilmu yang ditimba ini, akan mendekatkan diriku ini kepadaNYA, Tunduk dan tunduklah wahai MAT RADI AWANG SENIK... Jangan sesekali engkau banggakan dirimu... jangan sesekali engkau mengangkat mukamu walaupun sesaat. (amin)

Sunday, October 4, 2009

Setelah 2 tahun (Mendiam diri)







Salam..
Aduh sakit urat saraf aku
setelah hampir dua tahun x pergi camping
Alhamdulillah masih lagi diberi berkesempatan.

Mang mcm biasalah kemana aku pegi
Mang muka aku nie, muka CC/Biro disiplin
Keja maki2 tu kerja aku la
Yg aku xsuka ngan position nie, muka aku asyik kena masam je
Nak ngorat pelatih pon xbleh, erti katanya xbleh nak menggatal.
Coz semua xbrani nak tegur. hahaha

Erm tapi kena ingat selalu kena betulkan niat
Marah bukan utk suka2 tapi untuk mendidik
Bukan mudah nak pengang benda2 mcm nie
Nak kena wat recall, nak kena tegas, order c2, order cnie
Mang kat belakang kena kutuk abis2 la.

Tapi selagi aku kat UiTM nie, aku akan cuba sumbangkan apa yang termampu
Walau dikutuk atau dimaki, itu semua aku tidak perduli
Yang paling penting niat kita untuk mendidik serta menyedarkan bangsa sendiri.
Untuk yang lebih penting.

Kali nie camping dekat Hutan Rimba Komanwel, Rawang.
Meremang jugak bulu roma aku kat cna tambah2 time sentry tu.
Mcm biasa la jaga orang tido...
Penat seh xtido satu malam tapi xpe niat kita betul, alhamdulillah semua selamat.


Sekurang2 nyer 3/4 haribulan 9 2009 aku dapat tambah lagi sedikit pengalaman yg ada
Aku nie xsuka buang masa n tenaga
Kalo aku g mane2 aku kena make sure aku mesti blajar something.
Supaya nati aku bleh kongsi ngan orang len plak.

Kepada semua komander2 aku yang aku sayangi tu.
Penat n kena marah tu biasa la.
Mang skop keja kita mcm nie.
Kita bagi nasi kat org, tapi penampar yang dibalas. hahahahaha...
maksudnyer kita jaga n ajar pelatih semua, tapi kita yang kena maki nati.

Tapi kalau kita pikir btol2 mulianya tugas kita nie yer... kalo korang kena marah kat aku tu hehehehe... kena paham2 la (kah3x)
kepala xbtol masa tu.

Tapi paling sedih
last kumpul nak balik
aku xsempat la nak minta maaf kat diorang
arap2 diorang maafkan aku
Pengarah program la
Xpanggil aku berucap cket.. (nak kena budak nie)
Harap2 diorang maafkan aku..
Chow!